Cara Mudah Tanggalkan Kesan Karat Pada Seterika

2:59:00 PM Noor Akma 4 Comments

Setelah sekian lama, barulah aku dapat tau cara yang mudah dan sangat berkesan nak tanggalkan kesan karat pada seterika. Aku terjumpa cara ini di F seperti biasanya. Aku dah praktikkan pada seterika aku ni. Memang betul, inilah cara paling berkesan nak tanggalkan kesan karat pada seterika.

Cara Mudah Tanggalkan Kesan Karat Pada Seterika
Cara Mudah Tanggalkan Kesan Karat Pada Seterika

Tak taulah, dari mana datangnya kesan karat yang agak tebal pada seterika. Tau-tau dah ada bertepek kat situ. Nak kata ada baju yang pernah hangus atau terbakar terkena seterika, tak adalah pulak. Kadang-kadang kesan hitam tu melekat pada baju yang sedang di seterika. Memang sakit hati di buatnya. 

Aku sebenarnya dah cuba macam-macam cara jugalah. Ada yang kata panaskan seterika dengan kuasa yang paling panas lepas tu seterika daun pisang tapi tak tanggal pun. Daun pisang sahaja yang hangus. Kesan hitam tak hilang langsung.


Ada juga yang sarankan tabur garam halus atas kain dan lepas tu seterika garam di atas kain beberapa kali. Garam tu memang akan jadi warna hitam tapi kesan karat tak terjejas langsung. Al kisahnya garam penuh berserak satu bilik. Puas pula nak menyapu dan mengemopnya.

Aku cuba berus dan kikis dengan berus dawai dan pisau. Tak juga dapat menanggalkan kesan hitam yang sangat degil tu. Kesan hitam tu makin lama makin menebal dan aktiviti menggosok pun jadi tersangkut-sangkut. Pakaian pula tak dapat di gosok dengan licin dan sempurna. Nak kena beli barulah jawabnya.


Cara Mudah Tanggalkan Kesan Karat Pada Seterika


Rupanya ada cara yang boleh melembutkan kesan karat yang keras tu. Iaitu dengan menggunakan lemon. Ambil sebiji lemon dan di belah dua. Gosok belahan lemon itu sehingga membasahi keseluruhan permukaan seterika. Lebihkan membasahi tempat yang karat.

Pasangkan seterika itu iaitu 'ON' kan suisnya ke tahap kepanasan yang sederhana. Gunakan berus dawai yang biasa di gunakan untuk memberus periuk dan kuali untuk memberus kesan karat. Jangan lupa pegang berus dengan kain dapur, nanti panas berus tu.

Lapik bawah seterika dengan alas yang sesuai untuk mengelakkan air karat menitik ke lantai dan seterusnya berus kesan karat pada seterika itu. Kesan karat mudah sahaja tertanggal dengan jayanya. Bila kesan karat dah luntur, ambil sehelai kain dan sapu seterika tadi sehingga bersih. 

Aku dah buat cara ni, memang kesan karat jadi senang nak tanggal. Di sebabkan seterika aku dah lama di gunakan, agak payah sikit nak tanggal tapi yang ini jauh lebih berkesan dari cara sebelum ini. 

Selepas ni, lebih senang menggosok baju sebab dah dapat menggosok dengan licin. dah tak payah fikir tentang kesa karat yang menyeksakan lagi. Tak payah beli seterika baru dah. Kalau kesan karat datang lagi, ulang buat kembali... huhu!

Nak baca tips dan informasi di blog ni... klik SINI

p/s : Perkongsian yang memeri manafaat pada semua...  ya tak?

#kredit FB Sumaiyah Abdullah

4 comments:

Hans said...

wah bagus tips nih
saya pun mengalami benda yang sama
risau kadang2 nak gosok baju takut melekat dekat baju karat2 tu

wah..bgus tips ni

Sheila Adziz said...

bgs sgt petua ni... iron umh sy pun jd cam ni... nice sharing... nak cuba la...

dulu aida selalu ada masalah ni.
then, beli seterika baru, beli yg pattern baru, tak melekat or hangus kan baju.
bukan steam iron.
iron biasa aje RM80.
yes memang xde kesan karat or hangus kan baju. alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...