Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lirik Lagu Comel Pipi Merah, Siti Nurhaliza

12:16:00 PM Noor Akma 4 Comments

Terperangkap juga aku dengan lagu comel pipi merah nyanyian Dato' Siti Nurhaliza ni. Apatah lagi aku tumpang seronok apabila dia dah dapat anak perempuan seperti yang di idamkan. Mesti comel dan cantik seperti ibu dan ayahnya. Comel pipi merah sepeti lagu ni...


Comel Pipi Merah, Siti Nurhaliza
Comel Pipi Merah, Siti Nurhaliza

Aku dah tak sabar nak lihat wajah sebenar anak mereka. Yang bertebaran di media sosial gambar-gambar Dato' Siti Nurhaliza dengan baby tu bukan gambar baby girl dorang. naik menyampah dan meluat nengok bersepah gambar yang di gembar gemburkan tu. Dah keliru yang mana satu betul atau tidak.


Aku baru akan percaya apabila gambar baby tu di update dalam IG Dato' Siti Nurhaliza nanti. Tertunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia untuk melihat wajah sebenar anak Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' K. Hampir 11 tahun menunggu buah hati lambang penyatuan cinta  mereka. Akhirnya hasrat  tercapai jua.


Comel Pipi Merah .....
Comel Pipi Merah .....

Lirik Lagu Comel Pipi Merah, Siti Nurhaliza


Ting ting tang ting tara tang ting tang ting tang ting (4x)

Senyuman manis menyejuk jiwa hamba
Semanis-manisnya bak gula
Rupa nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurnian maha esa

Sayang disayang Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Ting ting tang ting tara tang ting tang ting tang ting (4x)

Di mana dia buah hati saya
Buah hati saya ada di dalam rumah
Di mana intan payung saya
Intan payung saya yang comel pipi merah

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tara tang ting tang ting tang ting (4x)

Budi nan elok pekerti yang mulia
Panduan hidup hari muka
Taat berjasa jadi orang berjaya
Penuhilah ilmu di dada

Sayang disayangi Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tara tang ting tang ting tang ting (6x)


Nak dengar lagu & tengok video... klik SINI

Nyanyikanlah lirik lagu tu... Otak aku pun dah asyik terngiang-ngiang bunyi lagu ting ting tang ting tara ni. Kalau ada anak kecil dalam buaian bolehlah di dodoikan dengan lagu ni. Aku gerenti baby tu ttidur lena. Tapi lepas tu, hujan pun turun dengan pakej siap guruh berdentum. Dah suara macam katak pangil hujan, nak wat camne... hehehe!

Nak baca cerita merepek meraban aku di blog ini lagi klik SINI

p/s : Tak payah pakailah suara katak tu, kita dengar Dato' Siti Nurhaliza nyanyi jelah. Pasang je youtube, bersepah lagu comel pipi merah ni... huhu!

#pic fr IG @ctdk


4 comments:

PeRdU cINta said...

Best lagu ni...hehe...hadiah untuk cahayamata yang didamba...

lagu ni dah melekat kat kepala adoi

br td aida tgk dlm hlive.
Mewah la Aafiyah. Abg2 ada 4 org . Memang manja la...

Baik said...

Best lagu ni

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...