Petua Memasak Keladi Dan Menghilangkan Gatal Batang Keladi

3:03:00 PM Noor Akma 3 Comments

Sayur batang keladi sinonim dengan masakan kampung dan memang sedap di buat gulai. Di masak sayur rebus, asam pedas atau pun di buat masak lemak cili api begitu saja serta di campur siput sedut sangatlah sedap dan menyelerakan. Tapi adakalanya ada jenis batang keladi yang gatal iaitu apabila di makan tekak merasa gatal merenyam.

Petua Memasak Keladi Dan Menghilangkan Gatal Batang Keladi
Petua Memasak Keladi Dan Menghilangkan Gatal Batang Keladi

Lebih-lebuh lagi jenis keladi yang terdapat di kawasan berair seperti  di paya atau pun kawasan sawah bendang. Biasanya jenis yang batangnya berwarna ungu sangat gatal tapi rasanya begitu  sedap  apabila di makan jika betul cara penyedian masakannya.


Ada cara dan petuanya untuk menghilangkan gatal pada batang keladi yang di masak. Kadangkala waktu menyiangnya pun dah terasa gatal-gatal di tangan. Jadi waktu menyiangnya, jangan sesekali membasuh dan terkena air. Bila dah selesai menyiangnya baru di basuh bersih.

Petua Memasak Keladi Dan Menghilangkan Gatal Batang Keladi


Biasanya  keladi yang telah di siang dan di basuh bersih, aku rebus terlebih dahulu. Kemudian di bilas air rebusan tu. Baru aku buat masakan yang di kehendaki. Ini untuk membuang getah yang menyebabkan gatal pada batang keladi. 

Itulah cara yang biasa aku buat. Yang bagusnya cara ini dapat mempercepatkan proses memasak aku sebab batang keladi dah sedia lembut dan empuk. Jadi masukkan sekejap di minit-minit terakhir masakan, terus di angkat dari dapur. Senang dan mudah kerjanya. 

Selain itu, cara orang dulu-dulu  ialah dengan memasukkan sedikit pelepah pisang dalam masakan keladi. Tujuannya untuk pelepah pisang menyerap getah yang gatal dari keladi tu. Ada juga petua mengatakan untuk memansukkan sehiris buah pinang ke dalam masakan yang sedang mengelegak.

Aku hanya rebus dan bilas batang keladi sebelum di masak. Cara yang lain tu aku belum pernah buat. Mana nak cari buah pinang dan pelepah pisang di bandar. Alhamdulillah masakan batang keladi aku belum pernah terasa gatal. Terasa sedap hingga bertambah makan adalah... hehe!

Nak baca pelbagai petua dan informasi di blog ni... klik SINI

p/s : Dah terasa nak makan gulai asam rebus keladi, terliur dengan kemasamannya... huhu!

3 comments:

Hans said...

thanks sharing
baru tau caranya
sebab saya tak makan
ayah yg suka makan
heehe

ha'ah pernah dengar petua pelepah batang pisang tu :D

aida x pandai masak keladi.
pernah bantu mak mertua aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...