Tanam Kunyit Dalam Pasu Dengan Cara Yang Betul

4:48:00 PM Noor Akma 4 Comments

Kisah kali ini adalah cara tanam kunyit dalam pasu dengan betul. Pokok kunyit ini kalau tak kena cara, tak boleh tumbuh tapi kalau kena caranya campak macan tu sahaja pun boleh hidup. Jadi, penting juga untuk tahu tanam kunyit dalam pasu dengan cara yang betul.

Tanam Kunyit Dalam Pasu Dengan Cara Yang Betul
Tanam Kunyit Dalam Pasu Dengan Cara Yang Betul 

Bahan ini sentiasa dekat dengan jiwa masyarakat Melayu. Daun dan ubinya boleh di jadikan perencah dalam masakan. Ubinya juga ada khasiat tersendiri dalam perubatan tradisonal Melayu. Ia adalah antara satu ramuan penting dalam pembuatan jamu untuk kesihatan wanita. 

Kalau ada kawasan yang luas boleh sahaja tanam terus atas tanah yang telah di gemburkan. Tapi untuk yang tinggal di bandar, yang tanah halaman rumah dah habis di simen, alternatif yang boleh di gunakan adalah menanam di dalam pasu. 


Tanam dalam pasu pokok kunyit ni, biasanya ubimya tak mahu membesar tapi kalau kena caranya tak menjadi masalah. Kalau tidak dapat menggunakan isinya pun, boleh di petik daunnya untuk kegunaan masakan juga. 

Bila nak masak rendang, tinggal petik sahaja daun kunyit di hujung halaman. Nak beli di pasar pun dah mahal juga. Lagipun nak guna tak banyak. Kalau membeli, tak boleh beli sehelai, lepas tu kering dan buang sahaja, dah membazir.


Tanam Kunyit Dalam Pasu Dengan Cara Yang Betul 


Nak tanam kunyit kena beli dulu benih atau ubi kunyit di pasar. Pilih ubi kunyit yang mempunyai tunas besar berwarna keputihan di hujung ibu kunyit. Itulah tunasnya.  Warna putih-putih tu menunjukkan ubi kunyit itu bersedia untuk mengeluarkan daunnya.

Sediakan pasu dan tanah yang sesuai. Tanah yang bagus adalah tanah yang mempunyai campuran tanah pasir, tanah bakar dan sabut kelapa @ cocopeat. Nak senang, beli sahaja tanah di nursery bunga atau di pasaraya bahagian barang-barang perkebunan.

Masukkan tanah ke dalam pasu dan buat lubang dalam kedalaman 2-3 inci. Masukkan ubi kunyit tadi dan pastikan mata tunas ibu kunyit tadi yang berwarna keputihan menghala ke atas. Timbus kunyit tersebut dan siram. Kebiasaaanya mata tunas berdaun akan tumbuh dalam masa 1-2 minggu.

Pokok kunyit boleh di letakkan di bawah pencahayaan yang optimum. Tapi untuk rumah di bandar, boleh diletakkan di bawah tempat separa berbumbung seperti di tepi balkoni atau bucu bumbung. Kalau letak di tempat yang terlalu teduh, daun yang tumbuh tidak akan lebar. Ia akan tumbuh kecil dan kurus sahaja.

Pastikan air siraman tidak bertakung kerana pokok ini tidak suka tanah yang lembap. Tapi siram 2 kali sehari di awal pertumbuhan. Bila pokok dah besar, bolehlah di siram hanya sekali sehari samada di awal pagi atau petang. Kaedah pembajaan pula cukup sekadar baja organik di awal penanaman. 

Itulah sedikit idea tentang penanaman pokok kunyit. Dulu pernah ada pengalaman menanam pokok. Aku kongsikan sedikit pengetahuan itu di sini. Seronok tau, tengok pokok tumbuh membesar depan mata dan mengeluarkan hasil serta dapat pula merasa nikmatnya.

Nak baca tentang informasi di blog ni... klik SINI

p/s: Harap akan datang akan dapta merasa bercucuk tanam lagi.... terbayang bau tanah yan segar di awal pagi... hurm!

#kredit SINI

4 comments:

MiYOKO SuKi said...

nnti bole share ngan my hubby...pokok die selalu mati je

Sheila Adziz said...

patut la biasa tgk kunyit tanam kat atas tanah, besar2 daunnya...

Hans said...

dekat rumah dulu ayah ada tanam
tumbuh subur

weekend ni patut nyer aida nak berkebun.
bersihkan pasu. nak tanam daunkesum, daun pandan.
tapi tu la, hujan pepagi. petang pun hujan.
tak dpt la nak berkebun.
kunyit and daunnya penting. masakan melayu selalu sgt guna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...