23 March 2018

Petua Mengurangkan Mata Sembab Akibat Kurang Tidur

Biasa berlaku apabila kurang tidur bawah mata akan sembab atau menjadi semacam mata panda. Puaslah letak foundation atau concealer untuk mengurangkan mata sembab atau eyebag hitam di bawah mata tu. Kalau tidak, wajah dah jadi hodoh atau kurang cantik. Macam-macam petua ada yang boleh mengurangkan mata sembab tu.

Petua Mengurangkan Mata Sembab Akibat Kurang Tidur
Petua Mengurangkan Mata Sembab Akibat Kurang Tidur

Macam-macam petua yang boleh di ikuti. Ada petua yang dah lama tau dan ada juga petua terkini. Apa-apa pun lebih elok petua yang tidak memerlukan modal yang banyak dan mudah cara dan kaedah mengunakannya. barulah menjimatkan kos dan masa. Tak gittew...!


Ada yang sangat peduli dengan penampilannya. Apabila mata sembab, rupa dah jadi tak cantik. Tak perlu risau. Boleh ikuti beberapa petua ini untuk kesan yang efektif. Selepas tu, dah tak perlu risau. Gunakan petua mudah ini. Yeayh!!

Petua Mengurangkan Mata Sembab Akibat Kurang Tidur


- Ais atau air batu
Sejukkan bahagian yang sembab dengan ketulan ais atau air batu. Kalau tak ada ais atu air batu, masukkan sudu kedalam bajagian pembekuan ais atau air batu. Setelah sejuk, lekatkan sudu pada bahagian mata yang sembab.

- Uncang teh
Ambil dua uncang teh. Celupkan ke dalam air panas. Setelah agak suam, tuaamkan ke kelopak mata yang sembab selama 5 -10 minit. Kandungan kafein di dalam teh membantu mengurangkan sembab dan dapat mengurangkan sembab.

- Timun
Timun amat sesuai untuk mata sembab dan bukan sahaja untuk kesihatan. Kandungan astrigent di dalamnya membantu menyegarkan mata yang sembab dan bengkak. Caranya, sejukkan dua hiris timun di dalam peti sejuk. Seterusnya lekapkan di kelopak mata sekitar 10 minit.

- Kentang
Orang Eropah sdah  beratu tahun menggunakan kentang sebagai penghilang sakit kepala, kebas-kebas dan berbagai jenis kegatalan kulit. Untuk mata sembab, kupas kentang segar, cuci, keringkan dan parut halus kentang. Bungkus parutan kentang dalam kain dan tuamkan pada mata.

- Garam
Garam juga boleh di gunakan untuk menyembuhkan mata sembab. Untuk itu, campurkan setengah sudu teh garam bersama seperempat liter air. Celup kapas ke dalam air itu dan oleskan ke bahagian mata yang sembab.

- Air putih
Meminum air putih banyak tidak mungkin dapat mengempiskan sembab mata dengan cepat tapi ia mempercepatkan proses penyembuhan dari pembengkakan mata. Banyakkanlah minum air putih untuk menghindari dan menjauhkan mata dari cepat sembab.

Ada banyak cara, tinggal pilih cara yang senang, cepat dan mudah. Cara lain yang orang sekarang buat adalah gunakan eye mask yang biasa di jual tu. Banyak sudah jenis eye mask yang tersedia untuk di gunakan. Apa pun tepuk dahi dan poket dulu. Kalau nak berjimat, gunakanlah petua yang biasa-biasa ni. Berkesan juga... hehe!

Untuk pelbagai petua di blog ini... klik SINI

p/s : Alamak, mata aku pun dah sembab ni.... Berjaga malam punya pasal, terikut anak layan movie Korea... huhu!

#kredit petuanenek.com
#pic fr google

1 comment:

  1. airah kalau tak cukup tidur sejam dua ke confirm sembap.lepas dah letak tea bag sejuk baru kurang sikit sembap tu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...