02 June 2020

12 Resepi Aiskrim Malaysia Pelbagai Citarasa Yang Sedap

Siapa yang tak kenal aiskrim Malaysia jika tinggal di Malaysia kan! Aku dari kecil dah merasa makan aiskrim Malaysia yang panjang dalam dua jengkal tu. Waktu balik dari sekolah mesti melencong ke rumah orang yang menjualnya di laluan pergi balik sekolah. Bukan satu rumah. ada 2 -3 rumah yang menjualnya. Rasa puashati dapat sebatang dan menyonyot sepanjang perjalanan pulang. Masa tu harga sangat murah. 20 sen saja sebatang. Sekarang dah menjangkau harga 50 sen ke  seringgit bergantung kepada perisa.

12 Resepi Aiskrim Malaysia Pelbagai Citarasa Yang Sedap       
Gambar 12 Resepi Aiskrim Malaysia Pelbagai Citarasa Yang Sedap

Kini aiskrim Malaysia sudah ada pelbagai citarasa yang sedap. tak dapat di bandingkan dengan aiskrim Malaysia yang dulu. Masa tu cuma ada aiskrim Malaysia perisa sirap dan oren. Sekarang ini selain perisa coklat sudah ada pelbagai perisa yang sedap dan tak terjangkau dek akal. Ini menambahkan lagi kemeriahan aiskrim Malaysia. 



Aiskrim Malaysia juga sudah di jual di merata-rata tempat. Di majlis keramaiaan juga telah di sajikan aiskrim Malaysia ini. Di gemari oleh pelbagai peringkat umur dan status kehidupan. Dulu hanya di kenali di kawasan kampung saja. Sudah ramai penjual aiskrim Malaysia mengkormesialkannya. Boleh juga untuk di hidangkam kepada seisi keluarga. Nak resepi aiskrim Malaysia versi terkini, di sertakan di sini tau!

12 Resepi Aiskrim Malaysia Pelbagai Citarasa Yang Sedap

- 1 - Resepi Aiskrim Malaysia Choki-choki

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu setengah tepung jagung
Choki-choki secukupnya

Cara-cara membuat:

Kacau semua bahan dengan api perlahan. Tambah tepung jagung untuk lembutkannya Masukkan sedikit garam. Setelah itu, potong choki-choki saiz kecil.

Kemudian masukkan choki-choki ke dalam pastik. Selepas itu tuang semua bancuhan tadi ke dalam plastik. ikat kemas dan siap!

- 2 - Resepi Aiskrim Malaysia Kacang Hijau 

Bahan-bahan:

Kacang hijau (rendam semalaman)
Santan 1 liter
Gula 2-3cawan
Gula merah
1-3cubit garam

Cara membuatnya:

Kacang hijau yang dah direndam semalaman tu rebus sampai empuk/kembang. Air gula merah masak berasingan dan tapis.

Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah+gula+garam dan santan. masak macam buat bubur kacang. Lepas tu tutup api. Bila suam baru isi dalam plastik ais krim.

- 3 - Resepi Aiskrim Malaysia Asam Boi

Bahan-bahan:

Asam boi merah
Asam boi putih
Air secukupnya
Gula pasir
Plastik aiskrim

Cara membuatnya:

Panaskan air bersama gula pasir hingga mendidih. Setelah mendidih,padamkan api dan sejukkan. 

Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan letakkan asam boi 1-2 biji. Simpulkan plastik aiskrim kemas-kemas. Bekukan di bahagian sejuk-beku.

- 4 - Resepi Aiskrim Malaysia MILO

Bahan-Bahan :

Air masak
Gula
Serbuk Milo
Plastik aiskrim

Cara membuatnya:

Bancuh perasa-perasa tadi bersama air yang telah dimasak. Langkahnya sama sahaja seperti anda ingin buat air untuk tetamu.

Kalau nak buat aiskrim milo, mungkin anda memerlukan air panas untuk membancuhnya. Selepas selesai bancuhan tadi,

biarkan ia sejuk sebelum memasukkan kedalam plastik aiskrim. Simpul pada penghujung plastik. Letakkan didalam freezer dan makan bila dah sejuk.

- 5 - Resepi Aiskrim Malaysia Sumi

Bahan-bahan :

3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
Perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi - dibelah 4 setiap satu

Cara membuatnya:

Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.

Bubuh perasa dan pewarna, kacau rata. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai. Jangan lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya tau.

** Saya guna esen rose & warna pink untuk perisa bandung. Orange paste untuk perisa oren.

- 6 - Resepi Aiskrim Malaysia Pelangi

Bahan-bahan:

2 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan creamer
1 paket Jelly powder jenama Konnyaku (10gm)
1 1/4 cawan gula2
4 L air
Sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:

Campurkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis. Kemudia tuang ke dalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai.

Sejukkan seketika dan masukkan dalam plastik aiskrim. Bekukan dan sedia untuk dimakan!

- 7 - Resepi Aiskrim Malaysia Lolipop

Bahan-bahan:

Air 5000ml
1 packet jelly (saya guna perasa laici)
1 tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
Plastik ais krim

Cara membuatnya:

Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut, baru hidup kan api) Masak hingga larut dan sebati * kacau selalu.

Rasa, kalau tawar tambah lagi gula. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warna kan. Isi dalam plastik. Ikat.. Siap!

- 8 - Resepi Aiskrim Malaysia Nutella

Bahan-bahan: 

1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

Cara membuatnya:

Masak air atas api kecik sampai semua larut dan mendidih Air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah gula sikit kalau nak lebih manis.

Sejukkan dulu baru tuang dalam plastik. Untuk letak nutella. Lenyek-lenyek, Baru tuang campuran tadi

- 9 - Resepi Aiskrim Malaysia Oreo

Bahan-bahan: 

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
1 paket oreo

Cara membuatnya:

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan kacau bagi larut. masak susu cair, susu pekat, air dan garam di atas dapur api sederhana. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan biarkan sehingga mendidih. Sejukkan bancuhan. Patah-patahkan oreo kepada ketulan kecil dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.

Kemudian masukkan bancuhan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Sejukkan ke dalam peti sejuk beku. Aiskrim oreh siap.

- 10 - Resepi Aiskrim Malaysia Green Tea

Bahan-bahan:

4 sb serbuk green tea Thai (di rendam air panas)
1 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
Air secukupnya
Secubit garam

Cara membuatnya:

Bancuh serbuk green tea dengan air panas. Toskan serbuk green tea, Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sebati. Masukkan secubit garam.

Biarkan seketika. Bila dah sejuk, boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Masukkan dalam peti sejuk beku. Siappp!


- 11 - Resepi Aiskrim Malaysia Strawberi

Bahan-bahan: 

1 paket buah strawberi
Perisa strawberi
3 cawan air
Gula

Cara membuatnya:

Kisar buah strawberi dengan air. Didihkan atas apa dan masukkan gula sehingga rasai manis buah. Selepas itu masukkan perisa strawberi.

Masukkan dalam plastik aiskrim.

- 12 - Resepi Aiskrim Malaysia Cream-Cheese

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 tin air
4 atau 5 sudu gul;a (ikut tahap kemanisan)
2 hingga 3 sudu tepung jagung
50 gram tartura cream cheese
Secubit garam
Filingg Strawberi dan blueberi (masukkan dalam plastik aiskrim siap-siap)

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan di atas kecuali cream cheese menggunakan api yang sederhana. Apabila dah mengelegak, masukkan cheese dan tutup api.

Biarkan sehingga bancuhan menjadi suam. Kemudian kisar di dalam blender sampai cheese tidak berketul. Sekiranya masih tidak halus, tapis adunan tersebut.

Masukkan dalam plastik asiskrim yang tersedia filing di dalamnya. Bekukan dan siap.

Inilah resepi aiskrim Malaysia yang sedap di nyonyot oleh kanak-kanak. Orang dewasa pun suka dengan aiskrim Malaysia ini. Teringat dulu masa anak-anak kecik lagi ada buat aiskrim Malaysia ni. Konon-konon untuk di jual. Tapi anak-anak kesian kawan-kawan nak beli tak ada duit. Akhirnya sedekah sajalah. Lepas tu malas pula nak membuat lagi... haha!

Nak dapatkan lebih informasi dan resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Sebenarnya aku tak berapa suka sebab terasa tak sedap bau plastik tapi tengok orang makan suka, nampak sedap.... hehe!

#kredit FB dan Google

3 comments:

  1. Suka aiskrim sirap je... tu pub tak suka manis manis sangat...rasa tak hilang dahaga

    ReplyDelete
  2. time time panas dapat ni fuhhhh nikmat dye lain macam.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...