Serai Dan Minuman Serai Yang Berkhasiat

11:10:00 AM Noor Akma 1 Comments


Buat cerita tentang serai plak ari ni. Satu jenis bahan yang paling digunakan dalam masakan... Nampak macam pokok lalang jer.... tapi khasiatnya  banyak untuk perubatan.

SERAI atau Lemon Grass. Orang kampung yg berumur pastinya tahu tentang kehebatan nilai perubatan serai ini, tetapi orang muda di bandar cuma tahu serai ini untuk masak. 

Serai selain untuk dijadikan minyak serai yang mujrab untuk urut, serai juga digunakan untuk mandian untuk lepas bersalin untuk ibu-ibu sebagai aroma terapi pulihkan semangat kembali sejak turun-temurun.

Tapi ramai yang tidak tahu serai mempunyai "Citral" yang mampu membunuh sel Kanser dlm tubuh badan kerana minyaknya punyai beta-carotene yg punyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh mengelak dari penyakit kronik kanser.
Serai juga punyai Detoxification yang boleh membantu lawaskan pembuangan air kecil dengan mencuci buah pinggang, hati dan juga pundi-pundi kencing.
Serai boleh mengurangkan tekanan darah , kolestrol, asid urik yang berlebihan, toxic dan lemak ditubuh badan.
RESIPI : PENYEDIAAN MINUMAN SERAI:
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 6 batang serai.
- 6 sudu besar gula batu / atau cukup rasa manis.
- 8 cawan air - 2 liter.
- 6 helai daun pandan.
- sedikit jus lemon.
Cara-cara Penyediaan:
1. Ketuk perdu serai - potong kasar dan masukan dalam periok yang berisi 2 liter air.Masukkan daun pandan bersimpul.
2. Bila air mula didih..kecilkan api dapur bawa kepada "reneh". Reneh selama 30 - 60 minit. Air akan bertukar kehijaun sikit.
3. Masukkan gula batu, bila gula dah hancur dan sebati, matikan api dapur.
4. Masukkan jus lemon dan minuman anda sudah sedia dihidangkan sejuk atau panas.

p/s : sharing is caring.... cupypaste dari fb


1 comments:

Dulu mak Cikla rajin minum air serai ni. Rebus dgn Halia boleh Buang angin dlm Bdn.. Btw Cikla Ada tag awk tau...

http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...