Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam... Jom Rasa!!

1:52:00 PM Noor Akma 5 Comments

Fenomena brownies kedut dah lama viral di laman-laman sosial. Sana sini masa tu cerita pasal kedut-kedut pada brownies ni. Banyak orang menjual brownies kedut sekarang ni. Nak mendapatkan yang sesuai citarasa dan sedap, boleh cuba brownies kedut dari Norazah Cookies ini. Rasanya pasti tidak menghampakan dan sudah pasti  penuh dengan rasa coklat yang melimpah ruah tau.

Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam... Jom Rasa!!
Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam... Jom Rasa!!

Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam...
Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam....

Brownies Kedut Sedap .... Jom Rasa!!
Brownies Kedut Sedap .... Jom Rasa!!

Brownies Kedut Sedap ....Ngap!!
Brownies Kedut Sedap ....Ngap!!

Brownies sudah lama ada sebagai salah satu jenis kek yang biasa di buat. Cuma sekarang muncul dengan di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu perangkap untuk menarik orang ramai atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi bualan ramai. Sama je rasanya.. tapi entah kenapa, ramai yang teruja dengan nama baru ni... hihi!

Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam... Jom Rasa!!


Brownies kedut Norazah Cookies di buat dari bahan-bahan yang bermutu tinggi dan tak kedekut dengan coklat yang melimpah. Walaupun gambar yang di tunjukkan adalah gambar brownies yang biasa, boleh juga membuat tempahan untuk brownies yang berhias bagai contohnya di hias strawberry, mashmallow, gula-gula coklat dan apa saja mengikut citarasa pelanggan.



Boleh juga Norazah Cookies buatkan brownies sebagai kek harijadi yang di tulis nama dan hiasan yang pelbagai  mengikut permintaan pelanggan. Harga untuk sebuah brownies biasa berukuran 10" x 10" adalah RM45. Untuk brownies yang di isi di dalam bekas plastik seperti di tunjukkan dalam gambar adalah RM12.

Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam... order di no. 010-3421022.
Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies Shah Alam... Order Di No. 010-3421022. 

Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies, Penuh Rasa Coklat... huhu!
Brownies Kedut Sedap Di Norazah Cookies, Penuh Rasa Coklat... huhu!

Untuk brownies tempahan khas yang di hiasi pelbagai buah-buahan, coklat dan apa saja mengikut tempahan pelanggan itu, harganya  boleh di runding mengikut bajet yang di perlukan. Penghantaram @ delivery boleh dilakukan di seluruh Shah Alam dan kawasan sekitarnya dengan sedikit bayaran.  Kebiasaannya dalam RM5 sahaja. Untuk brownies dalam bekas plastik, minimum order adalah 4 bekas untuk membolehkan delivery.

Sekiranya berminat, boleh buat tempahan dengan Puan Norazah Samad di no. 010-3421022. Pelanggan di galakkan untuk membuat tempahan awal untuk memudahkan semua pihak. Jikalau membuat tempahan dengan kuantiti yang banyak, deposit adalah di perlukan. Untuk self pick up atau ambil sendiri boleh ke Seksyen 17, Shah Alam sahaja.

Boleh baca cerita sebelum ni tentang Norazah Cookies.... Klik SINI

p/s : Masih terasa kesedapan brownies buatan Norazah Cookies.  Jom order...!!!


5 comments:

PeRdU cINta said...

Sedapnya...brownies kedut ni kalau PC suka makan dengan ais krim vanilla...hehe...

Asyiqin said...

kejap lagi nak baking brownies. tak tahan tgk gambar tu :)

Shesyira As said...

sedapnya brownies terus teringin nak makan haha haritu ada buat tapi tak berapa kedut sangat

sis gee said...

sedapnya!feveret gee ni!haha

Last week kakak Aida buat brownies ni.
Heaven!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...