28 January 2019

Cara Remove Broken Link Ataupun Dead Link Dari Blog

Kelmarin, serabut aku tengok broken link yang beratus-ratus dari blog aku ni. Sudah lama aku tahu tentang cara remove broken link ataupun  dead link dari blog. Lama juga aku tak semak broken link ni. Pertama sebab bosan, banyak sangat dan keduanya bukan senang nak cari dan buang satu persatu. Bila aku terbaca status seorang blogger di FB, tercetus idea nak cari cara remove broken link ini kembali... hehe!

Cara Remove Broken Link Ataupun Dead Link Dari Blog
Cara Remove Broken Link Ataupun Dead Link Dari Blog

Ramai blogger sekarang sudah tahu dan menyedari pentingnya seo dalam blog. Salah satu cara untuk optimize SEO Blog iaitu dengan membuang broken atau dead link daripada blog. Maksud broken link atau dead link ini ialah link yang sudah tidak digunakan atau tak wujud lagi. Jadi, macam mana nak dapatkan dan lihat  broken dan dead link ini?



Ada satu laman web yang boleh buatkan kerja ini untuk para blogger. Klik SINI untuk masuk ke laman web tersebut.. Masukkan link blog ke ruangan yang di sediakan. Selepas itu masukkan security code dan tekan "Find broken links". Web ini akan buat carian broken link pada blog yang di berikan url tadi.

Cara Remove Broken Link Ataupun Dead Link Dari Blog


Bahagian broken link tu, ialah link yang bermasalah. Page where found, Url ialah url kawasan link bermasalah, src ialah kedudukan link bermasalah berkenaan dalam bentuk html. Mudah saja nak dapatkan broken link kan...! Selepas tu bermulalah cara-cara nak remove broken link yang beranak pinak tu... huhu!

Kebanyakan yang jadi broken link di blog aku adalah dari entri yang lama melebihi 2 tahun lepas. Biasanya terjadi pada post giveaway yang aku banyak join. Kemungkinan link blog dan giveaway sudah di buang oleh tuanpunya. Selain itu ada juga link blog rujukan sesuatu entri  yang sudah tidak wujud. Entri lain yang broken adalah laman web menjana pendapatan yang sudah lapuk... huh!

Cara nak buang atau remove broken lin adalah cari link dan entri yang berkaitan dan samada buang semua sekali entri atau hanya remove link itu sahaja. Terpulang pada diri sendiri. Kalau setakat link giveaway seeloknya buang entri semua sekali tetapi kalau penulisan sendiri hanya keluarkan link saja. Sayangkan, dah penat-penat tulis nak di buang pula... hihi!

Blog aku ini memang banyak broken link yang lama-lama. Tak larat nak semak dan buang satu persatu setiap kali. Tetapi dah makin kurang dari mula-mula aku dapat tahu tentang broken link ini. Perlahan-lahanlah aku buat sikit-sikit. Yang pasti entri 2 tahun hingga terkini bersih dari broken link.... haihh!

Nak dapatkan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Bertabahlah.... Aku akan teruskan menulis dan menulis di blog ini. Broken link tu sisi lain yang tak perlu di ambil kesah pun!

5 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...