29 January 2019

Panduan Pengiklanan Oleh KKM Kepada Selebriti Untuk Mengiklankan Produk

KKM telah mengeluarkan garis panduan pengiklanan yang perlu di ikuti oleh para selebriti dan founder untuk di iklankan agar tidak menudaratkan masyarakat umum. Selebriti bukan hanya terdiri dari pelakon, penyanyi, pelawak dan pemuzik tetapi juga termasuk ustaz-ustazah yg terkenal ataupun dikenali sebagai ustaz selebriti, ahli sukan, youtuber, blogger, angkasawan dan individu atau organisasi yang dikenali ramai.

Panduan Pengiklanan Oleh KKM Kepada Selebriti Untuk Mengiklankan Produk
Panduan Pengiklanan Oleh KKM Kepada Selebriti Untuk Mengiklankan Produk

Keadaan semasa masyarakat terlalu mudah terpengaruh dan percaya dengan ledakan pengiklanan (review) dilakukan oleh golongan selebriti ataupun artis mahupun golongan berpengaruh di laman sosial Instagram (instafamous) sehingga tidak memikirkan impak daripada penggunaan sesuatu produk yang diiklankan oleh golongan ini. 



Bagi mengawal penyalahgunaan kedudukan mereka itu untuk mempromosi produk kesihatan yang mungkin merbahaya kepada kesihatan dan mengelirukan masyarakat maka pihak KKM telah mengeluarkan panduan kepada mereka tentang peraturan pengiklanan produk. 


Panduan Pengiklanan Oleh KKM Kepada Selebriti Untuk Mengiklankan Produk


Panduan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan selebriti yang berperanan sebagai individu yang mengiklankan/mempromosikan produk kesihatan kepada orang awam. Panduan ini adalah komplimentari kepada Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam sedia ada dan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 yang dikuatkuasakan.

Jom baca kandungan  panduan pengiklanan ini :








Kepada penguna, berhati-hati membeli produk kesihatan di laman sosial atau di atas talian. Untuk para selebriti yang membuat review pula, buatlah kerja dengan berhemah. Tahu dan faham tatacara yang betul apabila mempromosi produk. Nanti kena saman berjuta-juta mana nak cari duit. Nangis tak berlagu pula nanti... huhu!

Nak dapatkan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Inilah antara salah satu sebab aku tak berani dan jarang ambil job review produk kesihatan dan kecantikan. Takut tersilap dalam penulisan. Kena saman, naya!

#kredit SINI

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...