Seperti yang semua orang tahu, semalam hari ibu... Dapatlah aku sebiji kek dari anak perempuanku.... Jadilah... kan!. Takdelah makan2 sekeluarga kat mana2. Kek tu jadi hidangan minum petang ajelah. Itu pun dah paling membahagiakan.... kan!
Kek pun cantik dan sedap.... Selama ni mana ada sambutan apa2. hehe! ini pun sebab anak dah besar dan dah bekerja walau kerja sambilan je, cuti semester ni. Itu yang beli kek tu... Nak belanja lah katanya.
Sambutan hari ibu ni ada pro dan kontranya.... Apapun kita fikir yang positif jer. Jangan berniat yang bukan2 dah.... Insya"allah takkan lari akidah kita dek sambut hari ibu ni... Hari2 pun adalah hari ibu... kita tetap ingat dan sayang ibu kita hari2... kan!
p/s : Terima kasih kakak....... Nanti belanja makan2 plak yer!
wow
ReplyDeleteselamat hari ibu
bestnya dapat kek
ReplyDelete