03 May 2016

Ikan Kekal Segar Walau Dah Simpan Lama Di Peti Ais


Pergi pasar malam hari tu, beli ikan lebih sikit. Bila simpan dalam peti ais tahu-tahu saja isinya dah jadi lembik dan baunya pun kurang enak. Kalau masak, confirm hilang rasa manisnya.

Macam mana sebenarnya cara terbaik untuk simpan ikan supaya tahan lama dan kekal segar walaupun disimpan lama? 

Pertama sekali, anda hanya perlu menyiang ikan dan pastikan isi perutnya semua dah dibuang. Kemudian anda ambil surat khabar dan bungkus ikan tersebut di dalamnya. Tak perlu dibersihkan ikan yang telah disiang tadi dengan air.

Tahukah anda, apabila anda membersihkan ikan dengan air dan baru disimpan, itulah yang sebenarnya yang membuatkan ikan cepat busuk kerana isinya lembap dengan air. Isi ikan juga mudah hancur.

Selepas ikan dibalut dengan surat khabar tu, bolehlah anda simpan dalam peti ais seperti biasa. Anda juga boleh meletakkan hirisan lemon atau limau di dalam balutan ikan itu. 

Selain kekal segar, ikan juga akan berbau harum dan tidak hanyir. Anda boleh mengeringkan ikan dengan tisu dapur sebelum disimpan.

p/s : Jom kita cuba!

#kredit SINI

3 comments:

  1. Pernah juga dengar...lepas bersihkan ikan, buang isi perutnya, jangan cuci...terus simpan dalam peti sejuk. Tapi lum pernah cuba... nti nak cuba juga...tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. oiye?
    aida biasa nyer akan basuh bersih ikan tu dulu ha haha...
    pasni nak try buat.
    beli kat kedai biasa nyer da siap siang, kecuali ikan kekecik la.
    tak nak basuh.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...