11 May 2016

Neelofa, Bintang Paling Popular Kini.....


Namanya dah sangat unik.... Mula2 pelik bila dengar nama tu masa dia mula nak dikenali dulu. Lama-kelamaan dah jadi sedap pulak. Lebih2 lagi memiliki rupa paras yang sangat jelita. Gambaran seorang gadis Melayu sejati.

Neelofa tidak menafikan namanya popular kerana kontroversi. "Saya setuju dan tidak menafikan yang kontroversi sedikit sebanyak menaikkan nama saya. Melihat kepada tahun pertama dan kedua saya dalam bidang hiburan, nama saya banyak terpalit dengan isu panas.

"Masuk tahun ketiga, perkara itu semakin kurang dan di tahun keempat, saya dapat mengatasi masalah tersebut. Lama kelamaan, saya dapat menghindarkan diri dari kontroversi," kata Neelofa.

Mengakui sukar baginya untuk mengekalkan momentum dalam bidang hiburan, Neelofa mengambil iktibar atas setiap kontroversi yang terjadi kepada dirinya.

"Setiap isu yang timbul, saya ambil perkara itu sebagai satu perkara yang positif. Lama kelamaan, saya dapat atasi isu yang berbangkit dan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran. Saya juga lebih berhati-hati memberi kenyataan dan jika ada kontroversi, saya mengambil pendirian untuk senyap sahaja," kata pengacara rancangan MeleTop ini.

Tidak menyangka dapat merangkul trofi Bintang Paling Popular, Neelofa bersyukur dengan kemenangan yang diraihnya selepas enam tahun terlibat dalam industri hiburan.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dapat merangkul trofi Pengacara TV Popular dan anugerah utama Bintang Paling Popular. Semuanya kerana peminat yang tidak henti-henti menyokong saya. 

p/s : Tahniah buat Neelofa !

#kredit SINI

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...