20 January 2017

Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya Menurut Al Quran Dan Hadis

Ini adalah beberapa ayat Al Quran dan hadis yang menceritakan tentang wanita solehah dan sifat-sifatnya. Apa yang menjadi dambaan seorang Muslim akan terwujud apabila wanita yang dipilihnya untuk menemani hidupnya adalah wanita solehah. Kerana hanya wanita solehah yang dapat menjadi teman hidup yang sebenarnya dalam suka mahupun lara, yang akan membantu dan mendorong suaminya untuk taat kepada Allah. Hanya dalam diri wanita solehah tertanam akidah tauhid, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Dia akan berupaya ta‘awun dengan suaminya untuk menjadikan rumah tangganya bangunan yang kuat lagi guna menyiapkan generasi Islam yang diredhai Ar-Rahman.

Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya Menurut Al Quran Dan Hadis
Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya 

Abdullah bin Amr meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ibnul Khathab r.a.:

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia bepergian si isteri ini akan menjaga dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil t berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

Berkata Al-Qadhi Iyyadh: “Tatkala Nabi menerangkan kepada para sahabatnya bahawa tidak berdosa mereka mengumpulkan harta selama mereka menunaikan zakatnya, beliau memandang perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal iaitu isteri yang solehah yang cantik (lahir batinnya) kerana ia akan selalu bersamamu menemanimu. Apabila engkau pandang menyenangkanmu, ia tunaikan keperluan apabila engkau memerlukannya. Engkau dapat bermusyawarah dengannya dalam perkara yang dapat membantumu dan ia akan menjaga rahsiamu. Engkau dapat meminta bantuannya dalam keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan apabila engkau meninggalkannya ia akan menjaga hartamu dan memelihara dan mengasuh anak-anakmu.”(‘Aunul Ma‘bud, 5/57)

Rasulullah s.a.w. pernah pula bersabda:
“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu wanita (isteri ) yang solehah, tempat tinggal yang luas dan lapang, tetangga yang soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu tetangga yang buruk, isteri yang jelik (tidak solehah ), kenderaan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282).

Ketika Umar ibnul Khaththab bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?” Beliau menjawab:

“Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Albani t dalam Shahih Ibnu Majah no. 1505).

Cukuplah kemuliaan dan keutamaan bagi wanita solehah dengan anjuran Rasulullah bagi lelaki yang ingin menikah untuk mengutamakannya dari yang selainnya. Baginda bersabda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466).

Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersuntingnya seorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di tengah manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Al-Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana agamanya lebih utama. (Fathul Bari, 9/164).

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki muruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu terlebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri ). Maka Rasulullah memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164)

Al-Imam An-Nawawi berkata: “Dalam hadis ini ada anjuran untuk berteman atau bersahabat dengan orang yang memiliki agama dalam segala sesuatu kerana ia akan mengambil manfaat dari akhlak mereka (teman yang baik tersebut), berkah mereka, baiknya jalan mereka, dan aman dari mendapatkan kerosakan mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 10/52).

Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya Menurut Al Quran Dan Hadis


Allah SWT berfirman: “Wanita (isteri ) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa: 34)

Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma‘ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa‘di t berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: “Wanita solehah adalah yang taat,” yakni taat kepada Allah, “Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada.” Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.” (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri -isteri nya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada Rasul-Nya:

“Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri -isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, ‘abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis.” (Surah At-Tahrim: 5)

Untuk membaca lebih banyak tazkirah yang di kongsi di blog ni klik SINI

p/s : Sekian adanya..... salam jumaat :)

#kredit SINI


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...