29 January 2017

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...

Cuti Tahun Baru Cina, dah bosan duduk baring-baring bergolek jer. Maka, aku dan anak-anak beriadah, berkelah di hari cuti ni di tasik Shah Alam sahaja. Jadilah kan... buat menghilangkan bosan yang tak terkira ni. Anak-anak boleh berjogging sambil beriadah, berkelah di hari cuti ni. Macam tak biasa lepak di tasik tu... hahaha!

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...
Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...

Pagi-pagi lagi aku dan anak-anak berkampung di tepi tasik. Seawal 7.30 pagi tu....... Semua ke empat-empat anak ada kali ni. En. suami macam biasa balik kerja malam, terus hantar kami semua ke sana. Dia tak ikut sekali....  balik tidur la...!!

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...


Juadah berkelah kali ni adalah macoroni goreng bersama sosej,  permintan anak bongsu. Buat satu bungkus macoroni bawa separuh berkelah. Tak sempat nak ambil gambar macoroni masa berkelah. Ingat nak ambil gambar yang di rumah, tak sempat juga. Habis licin tinggal bekas saja.

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...
Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti... beli kasut

Anak-anak berjogging tapi aku jalan-jalan je lah. Aku tak pakai kasut sukan. Dah lama teringin nak ikut di orang jogging selama ni sebenarnya. Tapi di sebabkan tak ada kasut sukan, tu yang tak jadi. Tapi hari ni aku dah terbeli kasut sukan. 

Tertengok dan terbekenan tanpa sengaja di kedai bata kompleks PKNS. Duit yang anak yang kerja sambilan bagi awal bulan ni, itulah yang aku gunakan membeli kasut ni. Harga murah puluh-puluh jer kasut aku ni. Tapi untuk aku yang  terpaksa berkira perbelanjaan ni, terketar-ketar juga.

Itulah secebis kisah hari ini. Seronok juga sesekali meluangkan masa dengan anak-anak begini. Ada dan pernah aku selitkan di blog ni kisah aku bersama anak-anak di tasik ni. Nak baca kisah itu boleh klik SINI.

p/s : Dah ada kasut sukan ni, dah berkobar-kobar rasa nak pergi jogging la pulak... hihi!


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...