15 January 2019

D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam | Makan Sepuasnya Sampai Tercekik Perut

Apabila makan di luar khususnya makan di tempat ini iaitu D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam kena kosongkan perut iaitu berlapar dulu di rumah, barulah puas hati makan. Kalau tidak, rugi tak muat perut mengerjakan makanan yang berlambak di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam ini. Segalanya sedap dan menyelerakan sungguh, tau tak?

D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam
D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam 

Kelmarin bersamtap di sini bersama anak dara bongsu dengan anak bujang sorang ni. Teruja diorang melihat penuhnya makanan yang boleh di ambil untuk di rebus dan di bakar.  Aku pula tak reti nak pilih makan yang mana satu. Rambang mata dah di buatnya. Kerja mudah, korang ambillah yang mana-mana dan banyak mana korang suka, aku tukang makan sajalah.... hahaha!

D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam | Makan Sepuasnya Sampai Tercekik Perut


Mana tidaknya, aneka makanan terhidang di depan mata. Penuh dengan kerangan laut yang yang bermacam jenis. Ada juga ayam dan daging yang telah di perap dengan perencah yang menyelerakan. Sosej dan bebola berbagai bentuk pun ada. Pilih je la yang mana terasa sedap ditekak. Tunggu untuk di rebus dan di bakar saja. Makan pula dengan sos pencicah yang sedap. Banyak pilihan pula tu. Sedapnya, mak aihhhh....!

Hidangam Tersedia Untuk Di Rebus, Di Bakar Di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam
Hidangam Tersedia Untuk Di Rebus, Di Bakar Di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam 

Nak tahu, makan di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam ini bukan hanya tentang makanan saja tau. Ada juga cabutan bertuah yang boleh di menangi apabila makan-makan di sini. Syaratnya mudah sahaja. Belanja RM100 dalam satu resit, dapatkan borang penyertaan dan tulis butiran yang di kehendaki.  

Hadiah2 seperti Skuter, TV 60 inci, Mountain bike, Baucar steamboat menanti pada para pelangganya. Tempoh peraduan : 31hb Disember 2018 hingga 29hb Mac 2019.  Jangan tunggu dekat-dekat tarikh tutup ye ! Datang makan-makan sekarang dan terus boleh join !Wow...!!

Ruang makan di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam memang sangat luas. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. 

Juadah Lain Yang Mengiringi Di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam
Juadah Lain Yang Mengiringi Di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam

Setiap hari Sabtu dan Ahad D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam buka seawal pada 3 petang hingga 12 malam. Diskaun 10% menanti anda jika datang awal. Apa lagi, datanglah awal untuk menikmati suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar. Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga buat majlis hari jadi, majlis reunion ataupun majlis makan-makan dengan kawan sekerja.

Saranan pada yang sangat menyukai makanan steamboat ini dan dah cuba pelbagai jenis restoran steamboat tapi masih belum mencapai kepuasan di hati. Rasa tak berbaloi dengan harga yang di bayar. Kalau macam tu korang wajib cuba makan di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam. Sekali rasa pasti akan datang berkali-kali. Wahhhhh! Bestnyaaaa, sampai tercekik perut kami makan. Tercekik perut tu maksudnya kenyanglah tu!!

Makan Sepuasnya Sampai Tercekik Perut D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam
Makan Sepuasnya Sampai Tercekik Perut Di D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam

Sedikit informasi tentang  D'Kayangan Steamboat And Grill Shah Alam ini :

Harga:
Dewasa RM 33.00nett
Kanak2 RM 12.50nett
Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!

Alamat:
No 1, Apartment Servis Sri Acapella
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Sekseyn 13
Shah Alam Selangor

Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)

Booking (whatssap) :
012-2971091 - Cik Citra
017-6274015

Hashtag(#) Pernah cerita tentang tempat ini beberapa tahun lepas... Nak baca klik SINI

p/s: Mesti nak datang lagi ke sini.... huhu!

2 comments:

  1. uuish dapnyee !! ni kalo nak pergi kena betol2 lapaq ni baru berbaloi makan =)

    ReplyDelete
  2. sedap.. boleh repeat lagi makan kat sini

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...