20 May 2020

Tart Nenas Gebu Versi Resepi Azlina Ina, Teringin Nak Makan Tak Tunggu Raya Dah...

Tart nenas memang kesukaan aku. Minggu lepas aku godek tart nenas gebu versi  resepi Azlina Ina. Resepi tart nenas macam-macam ragam ada. Aku lihat tart nenas gebu versi resepi Azlina Ina ini ada kelainannya dari resepi yang biasa iaitu letak minyak sapi. Mesti lebih sedap, lebih terasa lemaknya dengan adanya minyak sapi tu. Itu yang aku beria-ia nak cuba masa tu.

Tart Nenas Gebu Versi Resepi Azlina Ina, Teringin Nak Makan Tak Tunggu Raya Dah...
Tart Nenas Gebu Versi Resepi Azlina Ina, Teringin Nak Makan Tak Tunggu Raya Dah...

Waktu hari raya kuih inilah yang di cari dulu. Itu masa aku kecil. Zaman sekarang sepanjang masa tart nenas gebu ini walaupun bukan musim raya ada di jual merata-rata. Aku teringin pula nak makan tart nenas gebu di waktu  begini. Tak nak membeli sebab tak puas makan. Almaklum anak ramai. Tak cukup sebalang kalau membeli tart nenas gebu ini. Solusinya buat sendiri. 



Boleh gotong royong sambil ajar anak-anak gadis aku yang tiga orang tu membuatnya. Tapi taulah kalau sudah banyak tangan, rupa pun jadi pelbagai bentuk dan kecil besar ragamnya. Kalau nak buat jual memang tak sesuai sebab tak rapi kejadiannya. Masuk mulut makan sendiri bolehlah. Kena banyak praktis lagi dorang ni... hahah!

Tart nenas Versi Tart Bunga, Air Tangan Anak-Anak
Tart nenas Versi Tart Bunga, Air Tangan Anak-Anak

Ada pula nak buat tart nenas gebu bunga yang letak jem di atas tu. Aku nak buat tart nenas gebu jenisgulung saja. Lebih mudah dan cepat. Buat sajalah walaupun teruk kejadiannya dengan ketebalan pun tak sama, apatah lagi bentuknya. Tapi rasa sangat mantap dan sedap. Gebu dan lembut cair di mulut. Buatnya lama, nak menghabiskan itu sekejap saja. tapi puas makan berbanding  membeli. Oh ya, lupa nak beritahu, jem beli di supermarket jer... hehe!

Tart Nenas Gebu Versi Resepi Azlina Ina, Teringin Nak Makan Tak Tunggu Raya Dah...


Bahan-bahan:

3 1/4 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastard
1 cawan butter/margerin
3 sb susu pekat
2 sb minyak sapi
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
2 -3 titik pewarna kuning

Cara membuat tart nenas gebu versi Azlina Ina:


Tepung gandum. tepung jagung dan tepung kastard di ayak terlebih dahulu. Butter/margerin, susu pekat, minyak sapi, kuning telur dan esen vanila di kacau sebati menggunakan spatula. 

Selepas itu masukkan tepung secawan demi secawan sehingga habis. Sekiranya nak buat tart gulung, tepung gandumnya 3/14 cawan tetapi kalau tart bunga tambah 1/4 cawan lagi untuk adunan lebih keras sedikit.

Sediakan jem nenas yang sudah di gentel bulat waktu ini. Untuk tart gulung masukkan adunan ke dalam acuan tart, sediakan talam yang di tabur sedikit tepung. Picit adunan ke atas talam dan letak jem dan seterusnya gulung. 

Angkat gulungan tart dan letak atas tray yang telah di sapu butter. Sapu kuning telur yang di letak sedikit pewarna kuning di atasnya. Panaskan oven dalam 170c selama 5 minit terlebih dahulu. Baru masukkan tart nenas.

Bakar tart dalam suhu 160c dalam masa 20 minit bergantung pada oven masing-masing. Bila nampak permukaan tart bewarna gold, maksudnya sudah masak lah tu.... yer! 

Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum di sodok bawahnya untuk di angkat dari tray. Bolehlah susun dalam balang apabila sudah betul-betul sejuk. Aku tak sempat simpan, sebab habisnya cepat... haha!

Macam biasa, cara aku tulis resepi tart nenas gebu ini aku ringkaskan dan olah ikut cara kefahaman aku tanpa mengubah satu apapun cara membuat kuih tart nenas ini. Asalkan aku boleh faham, sudah...

Tujuan utama aku arkibkan resepi ini di sini sebab senang nak cari apabila nak buat lagi. Kalau tidak, entah kemana-mana resepinya nanti. Takkan asyik nak godek FB dengan google pada setiap kali. Paling penting aku dah buat sendiri dan sudah tahu rasa resepi tart nenas gebu ini memang terbaik.

Nak dapatkan resepi dan informasi di blog ini klik SINI

p/s: Ini aku dah rasa teringin nak buat lagi. Nanti nak cari jem. Boleh saja buat sendiri, tapi kena cari nenas dulu. mana yang senang dan cepat sajalah.

6 comments:

  1. Tart nenas ni agak bersaka. Haha. Sekali makan kadang tak sedaq dah separuh balang 😂

    ReplyDelete
  2. alahai..mnyesal klik..rasa mngidam la pla ngn tart nenas ni..dah la fav huaaaa..mana nak cr hahaha

    ReplyDelete
  3. Pernah juga buat tart nanas guna resepi cikgu ina. Sedap & cantik kejadian tart nenas nya.

    ReplyDelete
  4. sedapnya..ammi pernah masa raya tahun 2014 (tengah dalam pantang) gigih "curi" sehari satu bijik tart sbb ya Allahhhhh memanggil2 sungguh tart tu.

    ReplyDelete
  5. tart nenas niiii kalau 'kena' dengan intinya yang sedap, mahu sebalang saya ngadap sorang je! hahaha.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...