Teknik Dan Posisi Tidur Yang Betul....

5:37:00 PM Noor Akma 1 Comments


Apabila bangun dari tidur, kadang2 terasa sakit tengkuk, sakit belakang dan ada perasaan yang tak selesa. Jadi, elok kalau dapat mengetahui posisi tidur yang betul untuk mendapat kualiti tidur yang bagus. Secara tak langsung kesihatan akan turut meningkat dengan cara ini.

Ada beberapa tips cara tidur yang boleh untuk di ikuti.....


Tidur Mengiring
Bila anda merasa selesa dengan tidur mengiring, sebaiknya tidur mengiring ke arah kanan. Seperti halnya dengan tidur menangkup, tidur dengan posisi ke kiri akan membebankan jantung dengan berat badan anda. Cara terbaik adalah dengan berbaring atau mengiring dengan sebiji bantal yang diletakkan dengan kedudukan strategik untuk melegakan tekanan pada bahagian bawah tulang belakang. Majoriti ramai lebih selesa dengan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang lutut atau di antara kedua-dua belah lutut jika mengiring.

Tidur Terlentang
Ini ialah posisi tidur yang terbaik.Cara tidur yang begini mengelakkan sakit leher, belakang dan pinggang.Selain itu posisi ini juga akan membantu mengekalkan bentuk payudara bagi wanita serta mencegah wajah berkedut. Letakkan bantal pada bahagian belakang lutut untuk mengekalkan lengkung pada bahagian bawah badan.Boleh juga letakkan tuala yang digulung pada belakang anda untuk keselesaan penuh.Walaubagaimanapun posisi ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang berdengkur.

Tidur Meniarap
Posisi tidur meniarap merupakan posisi tidur yang paling banyak keburukkannya. Sekiranya anda ada masalah sakit leher atau sakit belakang, posisi tidur ini harus anda elakkan.Walaubagaimanapun posisi ini sesuai untuk orang yang berdengkur kerana laluan udara lebih luas dengan gaya tidur seperti ini. Sekiranya anda tidur dengan posisi meniarap, letakkan bantal pada bahagian bawah pelvis dan bawah abdomen untuk mengurangkan ketegangan pada bahagian belakang. Gunakan bantal yang nipis pada kepala atau jangan guna bantal langsung.

Antara beberapa  cara ni, aku biasa dengan cara terakhir sebab aku ni semput. Selalunya aku buat bila terasa nak kena semput waktu tidur. Kuranglah sikit rasa sesak nafas aku ni.  Teringat masa mengandung dulu... terpaksa tidur duduk bila diserang semput sebab mana boleh tidur meniarap... :(

p/s :  Bila sebut gaya tidur teringat.... "cengkadak cengkudu macammana  si polan tidur" tanya kat serangga yang macam belalang tu.... hehe!

#kredit  SINI


1 comments:

Berkelah Sambil Menemankan Anak2 Jogging...

10:57:00 PM Noor Akma 1 Comments


Cerita hari ini, sempena cuti deepavali..... kita orang tak kemana2 aku temankan ajelah anak2 berjogging di tasik berhadapan Kompleks PKNS Shah Alam pagi tadi. Sambil2 tu berkelah sekali dengan juadah kuey teow goreng. Sendiri bikin punya. Kelmarin ingat dah tak jadi sebab  anak yang bongsu sikecik chubby tu demam tapi kuat semangat dia.... Sihat la sikit nampaknya dia hari ni.

Anak remaja perempuan aku ajak kawan2 dia sekali. Eloklah tu, lebih meriah sikit suasana. Seronok tengok anak2 bergembira dapat berjalan2 sambil beriadah dengan berjogging walaupun ini je lah tempat yang termampu aku bawa pergi. Aku pun dah lama tak kemana-mana. Terperap jer kat rumah. Suri rumah lah katakan....!


Mesti berjimat dan berhemat..... itulah motto hidup kami sekeluarga. Kalau tidak,  tak berkecukupanlah jawabnya. Alhamdulillah tak pernah pulak terlepas makan minum setiap hari. Tak perlu cakap banyak2 hal sendiri. Bukan senang orang nak mempercayainya. Apapun aku redha atas setiap rezeki dan ketentuannya. 

p/s : Melalut ke laut plak.... hihi! 


1 comments:

Nasi Baryani Kawin Lari Pulak Dah....

10:04:00 PM Noor Akma 1 Comments


Bukan nak promosi tapi dah terpromosi lah ni.... Tapi baguslah dapat promosi perniagaan orang kita. Tak ada hal lah yer.... Minggu lepas ada aku cerita pasal nasi lemak bangla. Dari gambar inilah yang seseorang telah proses dan repair kepada gambar sesuatu yang lain. Bukannya susah, photoscape, photoshop kan ada....So, kalau dapat sesuatu gambar tu periksa dan kaji dulu. Inilah gambar yang sebenar @ 'the real photo'. Tapi bukan aku yang modified gambar ritu yer... Jangan silap faham pulak. 

Zaman sekarang nama perniagaan kena unik dan gempak, baru ada daya penarik. Macam nasi baryani kawinn lari ni la... Mana diorang dapat isu kawin lari tu tak taulah. Agaknya lepas makan nasi ni terus berlari-lari. Ataupun dilhamkan dari orang yang pernah kawin lari... Entahlah, gitu gamaknya kot... Alolo... macam2 spekulasi bermain di minda bila tengok nama ni... haha!

Tak jauh sangatlah tempat ni dari kawasan perumahan aku tapi belum berkesempatan nak pergi. Jadi jangan tanya tentang kesedapannya pada aku. Tengok dari gambar ni di hadapan masjid. Rasa2nya aku tau tempat tu. Nantilah, belum kempunan nak makan nasi baryani kawin lari lagi sebab baru lagi makan nasi baryani johor rumah orang kawin.

p/s :  Sesaje tunjuk gambar ni, nak padankan dengan gambar minggu lepas...cheh!  :)


1 comments:

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

7:37:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum....

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water

Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water yang best ni? Jom Join di SINI.

Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water ni? Senang je. 1. Follow Instagram @fadzirazak 2. Repost gambar ini beserta caption 3. Komen "Garnier come clean @hermomy" 4. Tag 2 kawan Giveaway akan tamat pada 30 Oktober 2016. Pemenang akan diumum pada 31 Oktober 2016. Pemenang akan dipilih secara random dan yang menepati syarat-syarat di atas saja. Giveaway hanya untuk #igers di malaysia saja Thank you @hermomy untuk sponsor hadiah. untuk maklumat lanjut pasal Garnier Micellar Cleansing Water ni, boleh tengok dekat sini http://bit.ly/2e9QLxD   #hermoxfadzi #hermomy #garniermicellarwater #garniercomeclean #hermomy #kakikontest #kakikontestMY


1 comments:

Alamakkkkk.... Harga Terlajak Fengshan LAZADA Hari Ini......!

1:06:00 PM Noor Akma 1 Comments



Serius aku sangat terkejut bila tengok LAZADA bagi offer ni. Serendah RM4.99 sahaja. Untuk hari ni sahaja dalam masa 2 jam dari pukul 3 petang hingga pukul 5 petang. Korang.... sesiapa yang nak shopping tu tak payah susah2 google lagi..... klik jer banner tu. Ia akan terus ke halaman shopping LAZADA.

Cepat2 yer korang korang.... jangan terlepas offer ni.... Nanti gigit jari... Bukan selalu LAZADA bagi offer meletup gini. Untuk yang terlewat dan tak sempat grab nanti shopping deals 2 jam ni... ada offfer lain lagi. Aku letak banner2 ni... Korang boleh klik jer banner untuk mendapat offer tersebut...

MY Halloween 2016
26th -31st October 2016

MY October Baby Fair
27th - 31st October 2016

MY Nestle Wellness
1st - 31st October 2016

Wahh..... banyaknya offer yang mendatang dari LAZADA nih.....! Memang rasa nak angkut semua. Termurah di pasaran pulak tu. Rambang mata betul di buatnya. Apapun ingatan untuk semua..... ' Belilah ikut keperrluan, bukan ikut keinginan' ....uhuk...uhuk!

p/s : Jangan lupa.... nak beli, nak shopping klik jer gambar banner tu yer!


1 comments:

Pegawai Kesihatan, Phamplet Dan Ubat Jentik-jentik...

6:56:00 PM Noor Akma 0 Comments


Hari ni sewaktu aku tengah mengemas rumah, sayup2 kedengaran ketukan demi ketukan dan suara2 memanggil2 dari rumah kerumah. Katanya "pejabat kesihatannnn" ....berulang-ulang. Kengkadang senyap seketika. Lepas tu bermula balik. Bila senyap tu ada tuan rumah buka pintu la tu...Suara tu makin makin lama dekat dengan pintu rumah aku. 

Masa pegawai kesihatan mengetuk pintu rumah aku... aku dah mula dalam proses memasak. Tutup api dan hentikan proses memasak sekejap. Aku tak kesah diorang periksa rumah sebab aku pasti tak ada ternak jentik2. Tapi kali ni diorang tak masuk. Cuma bagi phamplet dan ubat jentik2. Minta nama aku sekali isi dalam borang.

Lepas tu bermula balik diorang ketuk rumah yang lain lagi. Tak ramai yang buka pintu. Ada yang berdiam diri dalam rumah. Tapi yang banyaknya rumah kosong.... Hari bekerja, bukan semuanya mereka suri rumah macam aku. Ada juga orang bujang, terkulat2 buka pintu mengantuk kerja malam.... jiran sebelah rumah aku la tu.... hihi!

Tabik lah pada pegawai kesihatan tu... Nak ketuk dari sebuah ke sebuah rumah flat 5 tingkat ni bukannya senang kerja tu. Ada 120 pintu flat aku ni. Itulah tugas mereka nak menjaga kesihatan para penduduk. Dah itu kerja mereka... apa nak kata lagi. Untuk kita, berilah kerjasama. Jaga kebersihan, jaga kesihatan.... jangan biarkan nyamuk bermaharajalela...!

Petang ni berkabuslah flat aku ni dek semburan fogging. Dah tak kisah dah, dah selalu sangat buat fogging kat blok aku ni. Sebulan  2 - 3 kali ada semburan fogging ni. Ini mesti ada yang kena demam denggi kat blok aku ni. Nasib baik waktu ni kami sekeluarga sihat, tak ada yang demam. 

p/s : Pesanan penaja, jangan tak tersengaja ternak jentik2 yer... hehe!


0 comments:

Lipat Dan Susun Baju Dalam Laci...

4:27:00 PM Noor Akma 1 Comments


Dalam tension melipat kain pepetang ni... sesaje la search google cara melipat kain dengan lebih mudah. Terjumpa pulak cara melipat baju dan menyusun dalam laci.  Asyik bersepah jer di dalam laci tu... pening! So, kot2 la boleh di praktikkan...

Baju dah berbakul2 tak berlipat tu.  Nak bagi semangat sikit pada diri sendiri....  Lipat dan asingkan seluar kecik dan seluar besar, baju dalam dan baju luar dan susun macam ni. Tak perlu bertindih2 lagi. Senang nak memilih. Taklah berselerak balik.

Adoi... lipat jangan tak lipat... tengok penuh 2 - 3 bakul ni macam susah jer nak habis. Tapi perlahan-lahan, akhirnya siap juga. Lepas ni proses menggosok pulak mana2 baju yang perlu digosok.  Kalaulah ada mesin lipat baju dan mesin gosok baju.... haihhhh!

p/s : cerita seorang suri rumah jer... :)


1 comments:

Cara Mengenalpasti Produk Kosmetik Mengandungi Merkuri...

4:22:00 PM Noor Akma 2 Comments


Apabila memilih produk kosmetik, kenalah berhati2 dengan isi kandungannya agar tak mengandungi bahan merbahaya seperti merkuri. Produk yang mengandungi merkuri mempunyai kesan yang mencantikkan dengan cepat tapi mempunyai kesan jangka panjang yang sangat memudaratkan.

Bolehlah baca di bawah ni tentang  ciri2 kosmetik yang mengandungi merkuri. Kongsi cerita dari FB. So, jangan terpedaya dengan produk2 yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Kaji dulu sebelum membeli dan menggunakannya.

Ciri-ciri krim kosmetik mengandungi  merkuri


1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair.

2. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.

3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?

4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.

5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.

6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation.

7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.

8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan

9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!

10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.

11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka.

12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).



BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI


1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.

2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.

3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.

4. Kerosakan buah pinggang : merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pun menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.

5. Risiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.

Jangan rosakkan diri sendiri demi mengejar kecantikan. Buat apa cantik sekejap tapi kesan mudaratnya sepanjang hayat.

p/s :  Berhati2lah... Untuk diri sendiri juga... hmm!


2 comments:

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com

2:49:00 PM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum...


Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

Nota : tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

5 comments:

Nasi Limak Bengla Ada..... Heh!

4:18:00 PM Noor Akma 0 Comments


Hahaha... nak gelak guling2 aku jumpa gambar ni dari grup whassap. Dah puas dengan cerita nasi lemak anak dara tu...... tetiba ada plak nasi lemak bangla plak .Kalaulah betul ada gerai macam ni, awal2 lagi dah kena bom dengan telur busuk. Macam2 hal sekarang ni.

Takde sape nak beli pun. Orang bangla sendiri pun tak nak beli. Ini bukan makanan dan budaya mereka. Dorang ni macam orang India juga. Makan capati, idli dan kari.  Bau bangla bila melintas disebelah perit bau bawang dan bau kepam.... Hisssh tak leh lah ..!

Tapi yang pasti... gambar ni hasil dari proses mengedit dari sekeping gambar lain. Bersusah payah di editnya gambar ni. Kreatif juga yer... Buat orang bergelak ketawa dibuatnya. Ayat2 bunyi bangla buat iklan tu menggelikan hati sungguh... hihi!

p/s : apa2 ajelah cerita lawak hujung minggu ni.... :)

0 comments:

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

10:01:00 PM Noor Akma 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...


GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.

Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 



2 comments:

Jangan Senang Hati....... Jangan Susah Hati.......

1:44:00 PM Noor Akma 0 Comments


Tazkirah hari ni...
TAK PERLU DENGKI DENGAN ORANG LAIN. 
SETIAP ORANG DAH DITENTUKAN REZEKI DAN UJIAN MASING MASING OLEH ALLAH.

p/s : Sharing dari FB jerr.. :)



0 comments:

Petua Menjaga Mata Agar Cantik Bersinar...

3:54:00 PM Noor Akma 0 Comments


Mata anugerah Allah yang tak ternilai. Mata yang cantik mempesonakan pandangan! Mata yang letih, lesu, sembab, dan bengkak  adalah masalah yang sering menghantui kita. Adalah penting menjaga mata untuk keserian wajah. Kalau berrmekap cantik sekalipun, jika mata tak bersinar, takkan ada keserian wajah. 

Mata yang cantik dan bersinar bermula dengan penjagaan yang baik. Ikuti beberapa petua bagi beberapa masaalah mata dengan cara yang mudah ini....

Mata Letih
Boleh gunakan uncang teh yang telah digunakan. Sehiris timun pun boleh digunakan. Letak di atas kelopak mata. Untuk kesan terbaik, sejukkan dalam peti ais. Kesejukan boleh melancarkan peredaran darah disekeliling mata.

Mata Sembab
Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

Kesan Hitam Bawah Mata
Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

Minum  air putih  secukupnya juga bagus untuk kesihatan mata dan untuk menjadikan mata bersinar gunakan air daun sirih  iaitu dengan cara merebus 4 helai daun sirih dengan 4 gelas air. Gunakan airnya untuk mencuci mata. 

Caranya letak air di dalam piring sehingga penuh dan rendamkan mata dengan kerlip2ka mata didalam air selama beberapa minit. Ulangi cara tu setiap hari untuk mendapat mata yang bersih dan bersinar. Insya'allah...

p/s : Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk kita semua...


0 comments:

Kad Nama Percuma Dah Pun Sampai Hari Ni...

5:48:00 PM Noor Akma 2 Comments


Hari ni waktu tengahari sedang merehatkan diri selepas aktiviti memasak di dapur sambil layan tv dan melayari internet, dapat satu call. Ada bungkusan nak sampai katanya. Di suruhnya turun ambil kat bawah flat ambil sendiri. Takde la nak turun..... letih. Aku suruh dia sendiri naik.. serah kat aku... hihi!

Owhhh... inilah barangnya..... sekotak kad nama dari pixajoy.com.my. Percumaaaaa..... hanya bayar kos pos sahaja sebanyak RM8.48 termasuk GST. Dah lama asyik bertangguh nak buat kad nama ni.... akhirnya dapat yang percuma... walau ada sedikit kos...tapi  menjimatkan sangat dah tu.

Actually aku dah ada kad nama sebelum ni tapi itu kad bisnes dan yang ni kad blogger plak. Nanti bolehlah aku melebarkan sayap blogger aku ni. Yang bestnya kad ni di rekabentuk sendiri. Ikutlah apa yang disukai. Ada yang letak gambar sendiri. Tapi aku hanya letak gambar header blog aku jer.... simple.... :)

And then aku bubuh logo KBBA. Boleh la kot yer.... Aku, sejak dulu admire sangat dengan grup ni. Baru lagi aku join tepi2 je. Jangan kecam dah.... Almaklum aku ni blogger picisan yang terasa terhegeh-hegeh lagi. Blog pun suam2 kuku dan slow macam siput nak maju ke depan.



p/s: Pada sesiapa yang nak buat kad nama tu.... boleh la order. 2 -3 hari dah dapat... Thanks pada para blogger yang telah war2kan pasal ni.... :)


2 comments:

Kesan Sampingan Dan Manafaat Minum Air Putih Setiap Pagi...

5:02:00 PM Noor Akma 1 Comments


Aku sentiasa amalkan minum air putih @ air kosong yang banyak setiap hari. Lebih2 lagi di waktu pagi. Waktu tidur yang lama, kadang2 sakit tekak yang amat sangat menjelma waktu bangun tidur. Jadi, air putih sentiasa ada disebelah aku di tempat tidur. 

Boleh juga menjadi dehidrasi apabila bertangguh minum air putih. Ini boleh menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan. Untuk mencegah munculnya berbagai macam penyakit ini, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan minum air putih ketika perut masih kosong di pagi hari. 

Jom ... baca tentang keberkesanan dan manafaat  yang luar biasa ini....

Buang racun dalam tubuh
Saat kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh. Kalau minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar. Minum banyak air putih boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

Tingkatkan metabolisme
Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

Jaga tubuh tetap langsing
Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikontrol. Sehingga tubuh boleh tetap langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebih.

Elak gangguan pencernaan
Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asam di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asam berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun boleh diatasi.

Cantikkan kulit
Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh memperlancar aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.

Cegah batu ginjal 
Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin payah penyakit dan racun nak datang dekat!

Baiki sistem imun tubuh
Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan mengelakkan tubuh dari dijangkiti pelbagai penyakit.

Untuk mendapatkan manfaat maksima daripada minum air putih setiap pagi, anda boleh ikut beberapa tip ini...
Botol air yang telah dan senantiasa berada di sisi...
- Minum 4 gelas air putih yang berisi 160 ml setiap pagi dalam keadaan perut kosong.
- Jangan makan apa pun selama 45 minit. 
- Minumlah air putih setidaknya 30 minit sebelum makan, tapi jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang, dan makan malam. Kalau masih sukar minum 650 ml air putih setiap pagi, boleh mulakan dengan minum 1 gelas air dulu.

p/s: Inilah yang aku amalkan setiap pagi dan setiap hari, tapi atas sebab nak mengelak dari terkena batuk, selsema dan sakit tekak....  kalau tidak, asthma menyerang.... Sharing is caring.... :)

#kredit SINI


1 comments:

Bloggers Writeup.... Tersenarai Diatas Sekali Tu!

7:00:00 PM Noor Akma 0 Comments


Ari ni terjumpa ni  di page Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.... Speechless seketika. Patut la beberapa hari ni pengunjung menderu2 lebih sikit dari biasa masuk. Yang lebih membuat aku ternganga tu sebab tersenarai di atas sekali. huhu! Alhamdulillah.... 

Bukannya selalu dapat job review ni. Entah bila je aku dapat. Ini pun atas ehsan grup KBBA. Entah bila la plak nak dapat job review lagi. Kalau ada sesiapa yang nak review apa2 .... insya'allah aku akan buat sehabis baik.

Kita buat ikut istilah menang dan menang, aku dapat ganjaran.... korang buat pengiklanan dan tambah pendapatan. Pada para2 bloggers yang terlebih job review, campak2 la sikit job tu kat sini... Dan pada yang nak direview tu, bagi lah job review tu pada aku ni.... 

Jom la... jom, dah gatal tangan nak mengarang job2 review yang canggih manggih tau.... haha!

p/s : Terasa dihargai.... :)

0 comments:

Makan Bihun Sup, Kuah Asing Dalam Satu Plastik...

5:01:00 PM Noor Akma 3 Comments


Cerita lawak minggu ini.... beli bihun sup mintak kuah diasingkan dan dapat satu plastik bihun dan kuah berasingan seplastik. Canggih jugak cara cenggini tapi tak pernah di buat orang lagi ni. Dapat menjimatkan plastik, juga ni.

Kat mana tempat berniaga ni tak taula....  Kutip cerita ni di grup FB iaitu grup HCL. Aku suka tengok grup ni sebab banyak cerita lawak yang menarik hati. Salah satunya cerita yang ni la. Para peniaga elok juga kalau dapat tiru dan praktik cara ni....hahaha!

Asal jangan jadi bahan kena maki dengan pelanggan, sudahhhh..!

p/s : Nampak macam sedap la bihun sup ni...terliur, heh!



3 comments:

Ingatlah, Jangan Sombong....!

1:50:00 PM Noor Akma 1 Comments


Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, jangan sombong!
Dimana bumi di pijak, di situ langit di junjung....

Ingatlah
Kita hanya hambaNya yang diberi tumpangan.
DIA beri kita nikmat.. syukurlah
DIA beri kita ujian ... sabarlah
DIA tidak pernah menguji kita diluar kemampuan kita... Allahuakbar


1 comments:

Kenali Tumbuhan Herba: Temu Pauh @ Kunyit Putih, Sedap Dibuat Ulam...

7:37:00 PM Noor Akma 0 Comments


Temu, temu pauh dan kunyit putih adalah nama tanaman yang sama bagi pokok herba ini. Berkhasiat sebagai anti cancer, merawat ketegangan urat saraf, kurangkan kolestral & darah tinggi & bantu kurangkan masalah pencernaan & salur darah sumbat. Boleh juga kurangkan stress.

Nampak macam halia dan kunyit  ulam ni. Jangan terpedaya.... sudah. Rasa dan aromanya tak dapat ku bayangkan. Bau ada sedikit macam pauh atau mangga. Ulam kegemaran aku ni masa kat kampung dedulu. Sedapnya makan berulamkan temu ni bersama sambal kelapa atau sambal belacan. Berselera dan bertambah2 selera makan.

Ambil gambar dan sedikit info dari internet. Pokok dan daunya iras2 pokok kunyit. Tapi di tengah daun ada garisan hitam. Bau daunya tak seperti daun kunyit yang ada aroma segar Dalam kelompok pokok2 jenis ni.... ada beberapa jenis tumbuhan pokok seperti ini. Seperti lempoyang, temulawak, kunyit hitam dan beberapa lagi. Kadang2 aku sendiri pun terkeliru. 

Harap2 masih ada pokok ni di kampung. Bila rumah idaman siap, inilah antara pokok yang akan ku tanam untuk menghiasi laman herba aku nanti. Tak sabarnya menanti rumah aku tu siap. 

p/s : Tumbuhan herba yang tak patut pupus dan diabaikan.... sedap nih !


0 comments:

Gemuk Air Dan Cara Untuk Mengenalpasti.....

7:24:00 PM Noor Akma 1 Comments


Gemuk air adalah dalam kategori kegemukan juga selain gemuk akibat pengumpulan lemak dalam tisu badan. Terfikir jugalah bagaimana untuk mengetahui seseorang tu gemuk akibat lemak terkumpul atau kegemukan akibat gemuk air.

Sebenarnya terdapat dua cara, pertama dengan melihat tubuh sendiri. Mereka yang dalam kategori gemuk air mempunyai lemak berlebihan yang kelihatan lembik serta menggeleber. Bila berjalan pantas atau berlari lemak ini nampak bergoyang-goyang. Inilah yang dikatakan gemuk air.

Satu lagi cara untuk kenal pasti gemuk air ini ialah dengan menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam. Sekiranya berlaku perubahan berat sekitar satu hingga dua kilogram, maka semakin kuatlah anggapan itu. Namun berita baiknya, katagori gemuk ini lebih senang kurus berbanding gemuk dek lemak.

Sebab terjadinya gemuk air :
-Perubahan tekanan di dalam kapilari atau masalah dinding kapilari bocor sehingga menyebabkan air terkumpul di dalam tisu dan membengkak.
-Sewaktu kehamilan atau menstruasi
-Kurang bersenam
-Kegagalan buah pinggang
-Pengambilan vitamin B yang tidak mencukupi
-Kekurangan protein yang serius
-Kegagalan fungsi jantung menyebabkan ia bekerja lebih kuat. Tekanan ini menyebabkan masalah kegemukan air di bahagian tapak kaki, betis dan paru-paru.
-Banyak mengambil makanan tinggi sodium (garam) dan gula
- Pengambilan ubat-ubatan seperti terapi penggantian hormon, pil perancang keluarga dan sebagainya.

Apa yang harus dilakukan oleh mereka yang gemuk air ?
-Ambil lebih makanan yang mengandungi fiber atau serat. Paling mudah buah-buahan dan sayu-sayuran, Serat akan 'menarik' air semasa penghadaman.
- Kurangkan garam - garam jika diambil berlebihan akan menyerap air. Jangan lebih dari 2.5 g sehari.
-Tingkatkan senaman untuk keluarkan peluh.
-Banyakkan minum air - untuk keluarkan  air.
-Sauna- cara ini juga membantu membuang air berlebihan.

Anda kategori yang mana satu. Kalau disebabkan gemuk air, lebih senang untuk menguruskan badan dan ada harapan untuk menjadi langsing... hihi!

p/s : Best dapat info ni..... Gemuk air....aihh!

#kredit SINI


1 comments:

DIY Botol Pencuci Jadi Tempat Susun Buku...

6:08:00 PM Noor Akma 2 Comments


Dapat idea bila google tempat rak buku tadi..... Buat tempat penegak buku di rak buku dengan botol pencuci. Botol jus pun ada yang macam ni. Bolehlah kitar semula botol2 tu nanti. Selalunya kumpul botol2 ni dan hantar kat tempat kitar semula jer.

Nanti akan tersusun rapi rak kat rumah ni bila dah di buat macam dalam gambar ni. Takdelah buku tu terbalik dan tertiarap di rak buku lagi, Anak2 akan lebih bersemangat mengemas buku mereka. Rumah pun akan jadi cantik dan kemas....hihi!

Senang jer nampaknya nak buat cenggini....

Bahan :
Botol bekas cencair pencuci
Gunting serbaguna
Skru
Pemutar Skru
Pen permanent marker

Cara :
Garis denga marker bahan yang perlu di potong pada botol. Potong botol ikut garisan yang digaris tadi.
Buatlah ikut beberapa botol yang dikehendaki.
Skrukan beberapa biji botol bersama. Untuk mengelakkan rak botol bergerak2 dari tempatnya, skrukan tapak botol pada papan rak. Dah siap, bolehlah susun buku2 dengan jayanya.

p/ : Botol2 yang  di simpan dah ada 3 biji.... nanti nak cukupkan 5 atau 6 biji, nak buat macam ni la ... :)

#kredit SINI

2 comments:

Beberapa Petua Dapur Yang 'Orang Dapur' Perlu Tahu....

4:09:00 PM Noor Akma 0 Comments


Memasak dan menjadi orang dapur ni banyak perkara mengenai bahan dapur dan masakan perlu diketahui. Kalau betul caranya boleh menjimatkan kos dan masa. Masa tak terbuang dan kos bahan api dan bahan2 yang digunakan untuk memasak pasti boleh dijimatkan...

Antara beberapa perkara tu....

Telur Rebus Sempurna
Kadang-kadang masak telur rebus pun boleh tak menjadi. Sebabnya, kadang-kadang kita keliru nak tunggu berapa lama untuk telur tu masak. Nak diangkat awal sangat, jadi telur separuh masak pula. Gagallah telur rebus itu! 

Sebenarnya ada cara mudah untuk anda ketahui sama ada telur rebus anda sudah masak atau tidak. Caranya mudah saja, rebus telur anda bersama satu sudu teh beras. Setelah beberapa minit, rasa beras anda. Jika ia sudah lembut, maknanya telur rebus anda juga sudah 'sempurna' untuk diangkat.

Makanan Terlebih Masin
Pernahkah anda memasak lauk pauk tidak mengikut cita rasa anda? Misalnya gulai yang anda masak jadi terlebih masih pula. Sudahnya, anda terpaksa membuang gulai tadi.

Sebenarnya ada cara mudah untuk menyeimbangkan rasa garam yang berlebihan dalam lauk pauk anda itu. Caranya adalah memasukkan ibu kentang yang telah dikupas dan dibasuh bersih. Insya-Allah kemasinan lauk boleh dikurangkan.

Cuka Dan Soda Bikarbonat Pembersih Dapur
Tahukah anda, cuka yang ada di dapur itu ada banyak kegunaannya. Salah satunya adalah untuk membersihkan kawasan dapur yang kotor akibat minyak. Campurkan 1 sudu cecair pencuci dan suka serta soda bikarbonat.

Kacau adunan ini dan boleh digunakan untuk membersihkan permukaan dapur, dinding di dapur yang kotor akibat percikan minyak. Anda juga boleh sekadar mencampurkan cuka dan air untuk membersihkan beberapa tempat yang bercermin. Pastinya kaedah ini lebih semula jadi dan selamat.

Biskut Tak Lemau
Kadangkala kita meletakkan biskut di dalam bekas bertutup. Tapi apa yang terjadi, biskut tetap menjadi lemau. Sayang jika mahu dibuang, apatah lagi biskut itu masih elok dan boleh dimakan.

Cuba cara ini, sebelum memasukkan biskut dalam bekas taburkan gula di dalam bekas. Kemudian, masukkan biskut. Insya-Allah biskut akan tahan lebih lama.

Baja Serbuk Teh
Serbuk teh yang telah digunakan dibuang jangan. Sebenarnya, ia ada banyak kegunaan yang bermanfaat untuk anda. Kita maklum serbuk teh baik untuk menghilangkan lebam bawah mata.

Ada cara lain yang boleh pelbagaikan. Antaranya, gunakan serbuk teh yang telah menjadi hampas itu sebagai baja tanaman. Taburkan di sekitar tanah tanaman dalam pasu. Ini boleh membekalkan sumber baja yang baik.

p/s : Orang dapur tu sinonim dengan perempuan la.... tapi zaman sekarang dah tak relevan dah...hihi!

#kredit SINI

0 comments:

Cerita Jodoh Tak Kemana Dan Makan Kipas Angin....

5:08:00 PM Noor Akma 0 Comments


Baca sekali lalu pic di atas memang nak tergelak besar.... betul juga tu. Bila baca berkali-kali pic tu macam perli aku plak. Kesian kan! Tak kemana-mana, duduk terperap kat rumah je. Memanglah ada slogan yang mengatakan 'Rumahku, Syurgaku'. Tapi asyik terkurung je kat rumah je.... boleh lemau satu badan.

Setakat keluar ke pasaraya berdekatan atau ke taman rekreasi tu dah biasa sangat. Sesekali nak la juga makan angin dan berkelah sekeluarga ke tepi pantai atau pusat peranginan. Tapi tu la... bila di sebut teringin nak makan angin... ditemplak en. somi suruh makan jer la kipas angin kat rumah tu.

Maksudnya makan angin kat kipas tu aje la. Tapi bila kipas angin rosak... Boleh pulak cakap "macam mana boleh rosak, korang makan ke kipas angin tu" Eh.. eh.. eh... ingat biskut ke kipas angin tu. Ari tu bukan ke suruh makan kipas angin tu.... dah rosakkkk...paneh, panehhh... hahaha!

"Jom pegi pasaraya, beli baru.... hehehe!

p/s : Kes bengang bila en. somi batal rancangan percutian ke Melaka.... isk. isk!


0 comments:

Blogger Tu Apa.......Eh!

11:55:00 PM Noor Akma 1 Comments


Bila jumpa kawan2 lama..... mulalah bercerita dan bertanya itu ini kan... ?  Biasanya bertanya dan bercerita tentang keluarga dan kerjaya. Macam biasa aku selalu katakan aku seorang surirumah sepenuh masa. Dalam pada tu aku katakan pada mereka juga yang aku ni berniaga online dan menulis blog dalam ertikata lain aku ni seorang blogger.

Mesti mereka akan bertanya kembali... Blogger tu apa, eh! Perkataan yang asing sungguh bagi mereka. Ada yang tau tapi mengatakan blogger ni menulis cerita politik dan cerita artis. Hurm... payah nak menerangkan pada mereka2 tu. Bila di katakan menulis blog ni boleh mendapat pendapatan. Lagi la mereka ternganga. 

Cerita itu dan ini... payah juga mereka nak faham dan mengatakan susah nak menulis blog ni dan mereka sibuk dengan perkara2 lain. Tapi ramai di antara kawan2 aku ni sebenarnya aktif di FB dan whatssap group. Yang sebetulnya mereka2 memang tak berminat dan tak mahu tau pun dunia blogger ni.

Bagi aku pula, aku memang suka  bercerita....dan sangat berminat dengan media internet ni. setakat nak mengarang ayat2 bukannya perkara susah. Banyak lagi kesusahan lain yang pernah aku tempuhi. Sekurang2nya walau tak sebanyak mana, dengan menjadi blogger ni.... aku dapat mengurangkan beban kewangan kami sekeluarga.

Dengan pendapatan jadi blogger ni juga aku dapat membeli gadjet idaman. Kalau tidak, tak merasalah. Itulah salah satu sebab aku terus gigih menulis, bercerita dan menumpahkan idea di blog ni. Tanpa rasa lelah dan jemu aku akan terus mengetik papan kekunci lappy mencurah kata2.... Hmm itu je lah!

p/s : Bertahun2 dahulu masa zaman persekolahan dan selepasnya pernah bercita2 nak jadi penulis. Seingat aku, cerpen dan sajak aku pernah tersiar kat majalah dan radio... dah hampir lupa dah!


1 comments:

Daya Tahan Kepedasan Terhadap Cili Api...

11:56:00 PM Noor Akma 0 Comments


Aku terfikir n3 ni bila aku update n3 masak lemak cili api di blog masakan aku. Macam mana aku dah tumbuk dan campur 20 biji cili api tu... en. somi dan anak2 kata masakan aku tu kurang pedas. Jadi kesedapannya kurang menyerlah. Memang kuat makan pedas sungguh dia orang ni. Aku rasa dah cukup pedas dah.

Gambar di atas, gambar masakan aku beberapa hari lepas. Aku dah update resepinya di blog masakan aku. Dalam resepi tu tulis 15 biji je cili api. Banyak tu dah meraung kepedasan sebenarnya untuk yang tak biasa makan pedas tau.... heh! Aku taruh 20 biji tu tapi masih tak pedas.. untuk yang mempunyai tahap kepedasan yg tinggi.  Sesiapa yang nak resepi lauk masakan aku ni, boleh terjah blog annurbeauty. blogspot. my atau klik je SINI.

Alkisahnya en. somi aku ni berasal dari  Rembau, Negeri Sembilan. Tempat dan negeri di mana terkenal dengan kepedasannya. Kalau tidak, takkanlah sebuah tempat di daerah tu dinamakan Pedas.... hihi!. Daerah beradat dan mengamalkan adat pepatih. Memartabatkan kaum wanita dalam pemilikan harta pusaka. Hurm...

Anak2 dah biasa makan pedas sejak dari kecil lagi. Mana tidaknya, bila balik kampung atau singgah rumah ipar duai memang tak dapat mengelak dari makan yang pedas2. Masakan yang biasa ada... rendang, asam pedas, asam tumis selain masak lomak cili api. En. somi memang tak lalu makan kalau lauk gulai kegemaran dia tu tak terasa kepedasannya.

Awal perkahwinan dulu, rasa kebas dan pedih mulut bila merasa hidangan masakan orang nismilan ni. Tapi sekarang, bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa' . Dah okey dah. Malah tak kisah pun bila makan lauk pedas2 ni. Anak2 lagi la tak kisah.... malah lagi pedas lagi dorang suka... haha!

p/s : Nanti lain kali nak letak 30 biji cili api dalam gulai masak lemak cili api plak... engko rasa?



0 comments:

Jangan Tersalah Cara Mencuci Muka...

10:23:00 PM Noor Akma 2 Comments


Alahai.... cuci muka je pun. Tapi kalau tersilap cara boleh memudarat muka atau wajah kita. Mengambil air sembahyang pun kena ratakan air diseluruh muka. Begitulah juga cara mencuci wajah... Kenalah betul2 membersihkan muka atau wajah kita.

Disini disertakan tip2 mencuci wajah yang di dapati dari sebuah majalah tempatan. Nak kongsi di sini sebagai panduan di kemudian hari. 

1. Salah pilih produk
Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.

2. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.

3. Skrub wajah
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.

4. Gosok dengan tuala
Pedap, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.

p/s : Muka atau wajah tu memanglah kena dijaga rapi sebab itulah yang nak dipandang orang.... hihi!

#kredit SINI


2 comments:

Blog Dah Berdot Com Akhirnya....

9:42:00 PM Noor Akma 4 Comments


Pada sesiapa yang perasan... sejak beberapa minggu lalu, blog kesayangan aku ni dah upgrade dari blogspot.com ke dotcom saja. Hmmm.... sesaje mengada-ngada nak stresskan diri la tu. Kengkonon nak jadi blogger yang sentiasa releven dengan arus semasa @ blogger berjaya. Entah apa-apa je la.... haha!

Semuanya buat sendiri... ada la tanya dan dapatkan nasihat blogger yang pakar . Tapi dek kerana aku yang tak ada kepakaran dan ilmu.... huru-hara juga jadinya. Akhirnya suruh je tempat yang beli dotcom tu uruskan. Takat nak jadikan blog aku ni berdotcom jer. .... Takde nyer nak berhosting bagai kan?

Bila dah siap.... iklan nuffnang dan adsense dah menyembunyikan diri pulak. Stress sungguh la jadinya. Nuffnang tu sekejap jer dah back to normal balik. Adsense tu kena apply balik. Banyak aturan dan acaranya. Dah tanya dan dapatkan blogger yang pakar tentang adsense tu.

Apply balik tapi tak approved. Sebabnya ... insufficient content. Panjang berjela dia punya alasan kenapa tak approved. Tak apalah. Aku kena bagi tempoh bertenang dulu.  Pada diri aku ni la....pening! Apapun berblog akan diteruskan dengan jayanya. Adsense tu akan apply balik bila dah bersedia nanti.

Dah berdotcom ni... aku harap blog ni akan terus berkembang menjana pendapatan lebih lagi..... Kalau tak banyak pendapatan pun redha jer. Jangan patah semangat. Teruskan dengan semangat waja. Tulis je la apa2 cerita dari jiwa yang tulus ikhlas.

p/s :  Akan teruskan update sekurang2nya 1 entry sehari.... yeayh!


4 comments:

Pokok Tetulang Mempunyai Banyak Khasiat....

8:52:00 PM Noor Akma 2 Comments


Pokok tetulang bukanlah asing kepada aku. Ada ditanam di rumah keluarga aku masa kecik dulu. Aku tahu pokok ni boleh buat ubat. Tapi tak tau untuk apa. Rasanya tak pernah pulak aku tengok orang tua aku gunakan pokok ni untuk apa2.

Yang pasti ramai orang kampung mintak ranting pokok ni. Ada yang nak berubat dan ada jugan ak menanam. Mudah jer nak tanam pokok ni. Potong ranting atau dahan pokok ni, cucuk ke dalam tanah. Siram dan basahkan setiap hari, berakarlah dia dan akan tumbuh subur.

Pokok ni memang agak pelik sebab ia tak berdaun. Itu sebab di panggil pokok tetulang. Sekarang popular sebagai pokok hiasan disebabkan keunikannya tu. Tapi khasistnya yang paling penting. Balik kampung nanti nak cari pokok ni ..... dapat info ni dari group FB... sangat bermanafaat.

KHASIAT UTAMA

** Merawat patah tulang
- ambil beberapa ranting pokok dan tumbuk. Kemudian sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut. Kalau belum berkesan, ulangi untuk 3 hari lagi. Insya'allah!

KHASIAT PERUBATAN TAMBAHAN

1) Merawat bisul, kesan bengkak dan patah.
- untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar. “Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda 
sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini padatempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Balutlah dengan kain bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang.

2) Pokok ini juga digunakan untuk menghilangkan ketuat
- ambil cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang, selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga hilang.

3) Digunakan untuk sakit sendi tulang
- patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya…rebuskan pokok tersebut..dan air rebusan tersebut dijadikan air mandian.

p/s : Sakit tulang dan sendi tu boleh en. somi cuba. Menghilangkan ketuat tu aku yang nak cuba... haha!

Experience The Best Halloween Ever Only At KidZania Kuala Lumpur! Hurry, Promo Ends 15 Nov 2016.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...