Dah Pilih Tema Baju Raya Tahun Ni....?

12:27:00 PM Noor Akma 6 Comments


Raya dah nk dekat.... Dah pilih tema baju raya? Jangan kata masih terlalu awal. Sebenarnya sekaranglah masa yang paling sesuai untuk merancang warna tema baju raya anda sekeluarga. Tukang jahit ramai yang sudah tidak mahu menerima tempahan menjahit kerana masa dah agak suntuk. Jadi, pada yang belum memilih tema tu, ada sedikit panduan warna supaya lebaran tahun ini lebih bermakna.

MERAH
Warna yang sering dianggap bertuah oleh kaum cina ini sering diadaptasi di dalam bidang fesyen. Warnanya yang terang, bernyawa dan jelas mampu menarik perhatian orang yang melihat. Si pemakai pula secara semulajadi menggambarkan dia bertenaga, berkeyakinan dan berani.

Tip: Baju kebaya merah dan baju kurung berbunga kecil merah seolah-olah anda berada di zaman retro.

KUNING
Biasanya warna ini sering dikaitkan dengan fesyen kasual. Sama seperti merah, warna kuning mampu menarik perhatian orang ramai. Sambutan raya tahun ini juga akan lebih ceria dan bertenaga lebih-lebih lagi ketika berkujung ke rumah saudara seharian.

Tip: Padankan baju kurung moden kuning dengan kain bercorak kecil warna hitam untuk kelihatan lebih muda.

BIRU
Warna yang sering menjadi pilihan kebanyakan keluarga adalah biru. Berbeza dengan emosi warna merah dan kuning, warna ini mendatangkan keselesaan, ketenangan dan sedap mata memandang. Memandangkan warna biru senantiasa segar buat si pemakai, ia pilihan tepat untuk dipakai setiap hari.

Tip: Baju t berkolar V biru sangat sesuai dipadankan dengan seluar jeans biru gelap dan seluar slake coklat muda. Baju melayu biru lembut pula memang sangat sesuai dipadankan dengan kain pelikat berbelang biru.

MERAH JAMBU
Warna feminin ini bukan sahaja sesuai untuk anak-anak tetapi suami juga tidak boleh ketinggalan. Warna tenang dan lembut ini sangat serasi dengan pandangan mata. Tidak ada salahnya apabila raya tahun ini anda memilih warna merah jambu sebagai warna sedondon satu keluarga.

Tip: Kain berfabrik satin atau kain berfabrik kapas kelihatan sangat comel buat si isteri, anak kecil dan suami ketika berkumpul bersama keluarga.

Sebenarnya banyak lagi warna yang boleh di pilih,.... Seperti hijau, ungu, coklat, lavender dan lain2 lagi.  Kalau anda dah tak sempat untuk membuat tempahan baju raya.... Nak shopping pun asyik sibuk berkerjaya... Apa kata shopping online jer baju2 raya tu.... Beli yang dah siap. Banyakkkk pilihan.... Di hujung jari jer!

Boleh shopping di butik online di bawah :

FB page : nurbeautyanggun

Tagline : Menyediakan Keperluan Setiap Muslimah

p/s : Happy shopping.....  promote niaga online sendiri ha3 :)

#kredit SINI


6 comments:

Puan Wawa said...

belum lagi..hihi

PeRdU cINta said...

setakat ini masih belum ada tema tertentulah...hehe :)

Leo Pluto said...

Hai... salam perkenalan.. blogwalking.. jom sama2x add/blog.. tq so much. :D
http://blogleopluto.blogspot.my/

sofie adie said...

tak pilih lagi...dan tak tau nak kaler apa...huhuhu

dah beli 2-3 kaler... nnt dh siap baju, mana yg paling cantik itulah yg dipilih ;)

aida da settle beli / anta tempah dah :)
biru thn ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...