Catatan Seorang Dropshipper.....

4:33:00 PM Noor Akma 4 Comments

Hari ni aku nak cerita pengalaman aku sebagai penjual online tanpa modal. Kiranya sebagai dropshipper atau reseller. Ramai juga yang tak tahu tentang kerjaya dropshipper ni. Bulan lepas di Hospital Shah Alam, masa check up doktor pakar.... doktor tu tanya kerja aku. Bila aku sebut dropshipper. Dia macam blurr sikit. Terpaksalah aku ceritakan panjang lebar tentang kerjaya dropshipper ni.... hehe!


Catatan Seorang Dropshipper.....
Catatan Seorang Dropshipper.....

Aku dah berkecimpung sepenuh masa selama 2 tahun lebih. Separuh masa lebih lama lagi iaitu masa aku turut berniaga di event, expo, shopping mall dan hospital. Sekarang kerjaya dropshipper ni aku buat sepenuh masa di rumah. Dah tak ada dah berniaga kat luar lagi. Bila berniaga dari rumah ni, boleh bagi tumpuan lebih pada keluarga. Makan minum anak-anak pun terjaga.

Walaupun dikatakan tanpa modal tapi kena juga modal wifi dan handphone. Seeloknya ada memiliki komputer atau laptop. Lebih mudah dan luas penggunaannya. Barang-barang yang aku jual ni, aku iklankan di blog dan facebook. Sesekali letak di instagram.... Sibuk sangat...! Tak terdaya dah nak iklankan di banyak tempat. Nak layan whatssap pelanggan lagi.

Jadi dropshipper ni... 


Kita jual barang yang tak ada pada kita. Jadi, kita kena dapatkan pembekal yang boleh dipercayai dan konsisten dengan pengeluaran produknya. Aku ada lebih dari satu pembekal. Setiap pembekal ada kelebihan tersendiri. Aku sentiasa pastikan kualiti produk seiring dengan harganya. Ada pelanggan nak harga murah dan tak kisah dengan kualiti. Jadi, boleh pilih ikut kesesuaian harga dan kualiti.

Harga yang pembekal bagi tu... aku ambil untung lebih kurang sahaja. Aku nakkan lebih ramai orang beli barang yang aku jual dan boleh dapat harga yang berpatutan. Tak guna juga jika letak harga tinggi dan dapat untung lebih tapi tak ada orang beli. Itulah salah satu sebabnya aku selalu pastikan dapatkan pembekal terus sebab ada juga barang biasa harganya dah jadi mahal sebab dah ada 2 - 3 lapis penjualnya.

Bahagian yang agak susah, bila nak pastikan pesanan pelanggan kita ada stok atau tidak. Kadang-kadang terkena pesanan yang bersilang, selalunya pada produk yang laris. Tak sempat nak dapat walaupun pelanggan dah bayar. Kenalah cakap sehabis elok dengan pelanggan, minta tukar warna lain yang ada, tukar yang lain atau kita pulangkan duit balik pada pelanggan.

Karenah pelanggan ni macam-macam hal. Nak ikut kehendak diorang je. Mana yang boleh ikut, layan saja lah. Kalau tidak, lebih baik berdiam diri. Layan pelanggan kena baik-baik je tapi kalau dah minta harga murah sangat lepas tu tak faham bila beritahu tak boleh dapat.... rasa nak naik darah juga lah. 

Pernah sekali masa awal-awal berniaga online... dah tak tahan, aku cakaplah suruh cari kat pasar malam jer kalau nak harga murah sangat. Diugutnya aku... nak sebarkan di internet hal buruk tentang blog niaga aku... Penyudahnya aku tak layan tapi bengang dan risau juga. Alhamdulillah tak ada apa-apa berlaku. Pengajarannya kalau ada hal macam tu lagi.... lebih baik jangan layan dan jauhkan diri segera. 

Setakat ni semuanya berjalan baik-baik sahaja. Barang lambat sampai tu, biasanya bukan salah aku dan pembekal. Poslaju yang banyak hal ataupun pelanggan yang bagi alamat tak betul atau barang tak dapat disampaikan sebab rumah tak ada orang. Teruk jugalah kena tanggung marah dan makian pelanggan.Tapi akhirnya semuanya selesai dengan baik sekali.

Cabaran berniaga sebagai dropshipper...


Berniaga ni biasalah, ada pasang surutnya. Selalunya ramai yang membuat pesanan barang bila hujung atau awal bulan dan musim perayaan.  Apapun... hari-hari ada pelanggan yang bertanyakan tentang barang-barang jualan. Yang membeli tu bukanlah hari-hari. Tapi rezeki sentiasa ada. Rezeki berniaga ni lepas lah nak bayar wifi tiap-tiap bulan dan belanja dapur kami sekeluarga.

Teringin juga buka premis perniagaan sendiri... jual produk sendiri. Tapi mengenangkan kekangan kewangan, kesibukan membesarkan anak-anak dan kesulitan yang pernah aku alami sewaktu berniaga kat luar dulu.... aku pendamkan ajelah dulu. Kalau ada rezeki nanti,  adalah... kalau tidak, aku akan teruskan apa yang ada ni! Oh ya,  dulu ada buat cerita pasa tips nk bermula jadi dropshipper. Nak baca, klik SINI.

p/s : Selain dropshipper, aku juga seorang blogger... manalah tak sibuk. Barang yang aku jual pula bukan hanya pakaian... makanan kesihatan pun ada...  Nak tengok ??? SINI dan SINI


4 comments:

Bagus.. berniagalah selagi boleh kita buat yg temampu, suatu sunnah Rasulullah saw juga yg harus kita ikuti. Pcl ada jugak.., senag cite la kan. blog pcl umpama 'kedai' . On henfon/lappy online tu kira bukalah kedai pcl.. semoga Akma bertambah maju jaya dlm biz online.

Ana Fatihah said...

Seronok tengok orang berniaga. Saya selalu jgk baca2 pasal dropship ni, tp tak berani lg nak join sebab takut tak terbuat.

hehe seronok kan business ni :D ada pasang angan-angan nak buka kedai sendiri 😂

Noor Maizan said...

Seronoknya berniaga, mai tak pandai berniaga, tak pandai cakap lah senang cerita.. apapun semoga bisnes akak terus maju jaya :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...