Tips Untuk Dropshipper Yang Baru Nak Bermula.....

9:27:00 AM Noor Akma 2 Comments


Dah agak lama jadi dropshipper nih.... Dari awal tahun lagi. Dah biasa  dengan karenah pembeli. Dah kenal dah dari awal pertanyaan tu..... samaada nak membeli atau sesaje nak tanya2. Tanya macam2 tapi akhirnya tak membeli. Kena sabar banyak2... Dalam 10 orang yang whassap tu belum tentu ada satu yang membeli.....

Selain dropshipper, ada jugakla produk yang jual sendiri... sebab pernah ada kedai dan masih menjual di booth karnival. Nak untung lebih sikit gigih la menjelajah Jalan Kenanga, GM kl, GM klang dan tempat jualan borong yang lain. Campur2 dengan produk droship. Dapat la lebih sikit...... 

Ini ada beberapa tips untuk yang baru nak bermula sebagai dropshipper.... Cedok dari group whassap jerr.... Repair sana sini sesedap rasa dan jiwa. Thanks pada penulis ni dan sorry jugak sebab dah modified sikit. Untuk pembakar semangat diriku juga. Bila jualan tak berapa nak ada dan agar tak patah jiwa.... haha! Sharing is caring.... kan!

Untuk yang baru nak bermula.....mungkin ada yang rasa kecewa bila post kita tak dapat respon...betul kan? Nak tau apa sebabnya? Sebelum ni kita tak pernah post pasal produk.....tiba2 sekarang baru ada.... Orang sedang memerhati kita sebenarnya.....sebab sekali tengok, mereka tak akan terus order. Teruskan post .....sebab post yang awal2 ini adalah hanya sekadar ingin memperkenalkan diri dan produk yang kita jual......jangan target nak menjual terus, pasti akan kecewa.

Bila viewers dah selalu tengok post kita, baru keyakinan akan timbul....sebab dia tau, kita memang betul2 seller yang boleh dipercayai....Jika kita post 2x, 3x sahaja.....lepas tu stop (sebab frust kononnya)....orang lagi  tak percaya kat kita. So....untuk permulaan ni, post sekerap mungkin, 1/2jam sekali dan setiap hari...non stop.

Sampai 1 tahap...bila orang nampak nama kita je orang dah tau kita ni pengedar dan peniaga. Tapi nak sampai tahap tu.....buat dan terus buat.......konsisten...istiqamah. Hasilnya pasti tak mengecewakan.... Muhasabah diri........tanya balik......siapa kita ni sampai sekali post terus orang nak beli....?

3 CARA MENGUASAI DIRI:
  1.  Persoalan diri (bisikan2 negatif)
  2.  Lawan balik suara hati yg negatif
  3.  Follow dan tambah lagi dengan idea yg lebih baik
PENGHALANG UTK BERJAYA:
  1. Kurang energy
  2. Kurang fokus
  3. Kurang sihat
  4. Kurang minat
PEMBUNUH KEBERANIAN / KEYAKINAN MANUSIA:
*Takut, was2, ragu2.
*Bisikan orang yg negatif amat bahaya.
*Apa yang orang cakap pasal kita tidak penting tapi apa yang kita cakap pasal kita lagi penting.
*Jangan campur orang2 yang bergaduh.
*Manusia senang terima sesuatu yang reality.
*Protect kolam(hati/jiwa) anda/ jaga kolam anda dari perkara2 yang negatif..

SEDIKIT TIPS BUAT YANG BERNIAGA
Tolong jadikan rutin harian uols....Waktu paling berkesan untuk update ialah:
Jam 9 pagi
Jam 3 ptg
Jam 9 mlm

Hari efisien ialah pada hari bekerja....Hari minggu jarang orang tengok telefon. Sehari 6 kali update.....Manusia akan lebih mengingati jika dia nampak dan baca promosi kita 6 kali sehari.....

1 kali tengok baru dia buat derkk...
2 kali tengok dia rasa nak baca
3 kali tengok dia rasa berminat
4 kali tengok dia rasa teruja
5 kali tengok dia rasa tak tahan

Yang ke 6 kali dia akan buat keputusan untuk PM
@ WATSAP kita

**Tips ni dari Irfan Khairi

Jangan give up dear, Insya'Allah.... Ada la rezeki.. Bila dah ada yg pertama order, insyaAllah yang ke 2 Allah permudahkan....Tawakal dan Usaha... Moga Allah pandang usaha kita dan doa2 kita..

Dalam satu kursus tu.....Jutawan on9 yang berjaya Puan Eida Hassan beritahu......dalam 1 jam, dia post sebanyak 5x.......12 minit, 1 post....Cer tengok....kita post berapa dalam sejam....? Jadi.....lepas ni, ubah cara berfikir, ubah cara bekerja.....Insya'allah....semua pasti boleh CEMERLANG

Aku ada sebuah blog untuk promote produk jualan..... Dah letak kat blog baru letak kat fb, fb page dan instagram.... taklah maju mana pun.... suam2 kuku jer .... nak tengok blog tu dan apa yang dijual boleh klik SINI.....

p/s : Buat apa yang patut.... If produk tak terjual dapat jugak trafik dan menjana pendapatan...okey la tu...kan! 

***************
menjana mimpi...
klik SINI
***************

2 comments:

Rz Tuah said...

Tips terbaik untuk yang cepat sangat putus asa dalam jualan online..

I never do "dropship" before , I really do heard it before but never know how the systems use . By the way, you give a lot of useful info . I Appreciate that a lot :) . Thank you

- Syamsid Blog -

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...