15 December 2015

Bau Pudina Yang Beraroma, Sedap, Segar... Nak Menanamnya Pun Mudah...


Suka dengan bau pudina ni.... sedap macam bau ubat gigi. Bubuh dalam masakan. minuman dan buat salad pun boleh jugak. Teringat dulu pernah tanan 2 - 3 pasu. So, nak mengimbau balik cara2 menanamnya. Dah pindah rumah baru nanti bolehlah tanam balik. Hurm... nyum2 sedap buat ulam dan letak daunyer dalam air teh... segar!...

Jom kita belajar...eeeiii, suka dengan pokok ni tau!

1. Pasu

2. Dua atau tiga keratan pokok pudina.

3. Dua mangkuk besar tanah hitam*

4. Satu mangkuk besar pasir sungai*

5. Satu mangkuk besar kompos*

6. Air secukupnya untuk menyiram

*Nak senang beli media tanaman/tanah yang dah readymade kat tempat jualan pokok bunga atau di supermarket bahagian alat pertanian.


Cara penyediaanya:


1. Pastikan pasu atau bekas yang digunakan harus sesuai agar akar pudina bebas bergerak di dalamnya dan boleh tumbuh membesar dan lama. Anda juga boleh menggunakan apa-apa bekas yang bersesuaian.

2. Rendam terlebih dahulu kira-kira 1 inci keratan batang pokok pudina di dalam air selama 30 minit hingga 1 jam.

3. Sediakan media tanaman dengan mencampurkan tanah hitam, pasir sungai dan kompos ke dalam besen besar dan gaul hingga sebati. Jika anda menggunakan tinja binatang seperti reputan tinja ayam maka anda harus membiarkan terlebih dahulu tanah anda selama 2 minggu untuk sebatikan tinja dengan tanah barulah ditanam.

4. Masukkan media tanaman ke dalam pasu hingga penuh, padat-padatkan tanah tersebut dengan menekan secara perlahan atau menghentak-hentakkan pasu tersebut agar ruang-ruang tanah menjadi mampat. Tambah media sekali lagi jika media kurang.

5. Buat 3 lubang sedalam 3 inci dengan jarak 3 inci antara lubang. Masukkan keratan batang ke dalam lubang dan timbus lubang tersebut. 

6. Akhir sekali siram menggunakan air secukupnya dan simpan pasu anda di tempat terlindung dari sinaran matahari terik bagi selama 1 minggu atau sehingga keratan batang pudina itu mengeluarkan tunas baharu bagi membenarkan pudina anda bercambah dengan baik. Cahaya terik akan menyebabkan keratan pokok pudina anda akan layu dan mati. 

7. Apabila pokok pudina anda sudah tumbuh dengan baik kira-kira seminggu atau 2 minggu, bolehlah dialihkan ditempat terkena cahaya matahari selama 1 jam setiap hari untuk menguatkan struktur batang dan daun. Ini bertujuan untuk membiasakan pokok tersebut kepada sinaran matahari. 

8. Apabila pokok pudina anda benar-benar kukuh simpan pokok pudina anda di luar bagi mempercepatkan tumbuh besaran. Lakukan pembajaan selang 2 minggu untuk hasil yang baik dan siram mengikut keadaan, 

9. Pokok pudina akan mati jika terlebih air di dalam pasu. Kekeringan terlampau walau sekejap juga boleh membuat pokok mati. Oleh itu pastikan media tanaman sentiasa lembap tapi bukan basah.

Tips menanam pokok pudina:

1. Jika  ingin mengubahnya ke dalam pasu bersaiz besar lebih mudah sebenarnya. Pokok pudina anda akan terus saja hidup dengan syarat berhati-hati membuka bekas lama/pasu asal bagi tidak meleraikan/pecah tanah tersebut.

2. Seelok-eloknya menggunakan baja organik tinja ayam pada pokok pudina anda. Boleh di beli di pusat tanaman atau supermarket.

3. Jangan menggunakan tanah liat untuk menanam pokok pudina. Ia masih boleh tumbuh tetapi tidaklah secantik dan berkualiti apabila anda menggunakan media campuran yang disyorkan.

Khasiat pudina untuk kesihatan tidak boleh dipertikaikan lagi oleh sesiapa. Oleh itu setiap rumah harus ada sepokok dua pokok pudina di halaman rumah. Ia bukan saja boleh dijadikan dekorasi penghias laman tetapi anda tidak perlu terhegeh-hegeh ke pasar semata-mata mencari daun pudina dalam masakan, buang tenaga, petrol dan duit. 

Bandingkan dengan mereka yang ada pokok pudina yang ditanam, hanya beberapa langkah saja petik dan proses untuk masakan kegemaran. Mudah bukan? Apa tunggu lagi tambah koleksi herba dirumah anda dengan sepasu pokok pudina.

p/s : pudina mudah di dapati di pasar... lebihan buat campuran masakan.... boleh digunakan untuk menanam...

#kredit SINI

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...