Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI

5:40:00 PM Noor Akma 1 Comments

Dua hari lepas dapat email dari TM, ingatkan bil macam biasa. Rupanya nak bagi hadiah... Thank You Surprise Dari UNIFI katanya. Ohhh.... mulanya terkejut dan terfikir apa hadiah TM nak bagi. Dah lama melanggan UNIFi ni, tertanya- tanya juga...hadiah apalah nak dapat. Bila isi form yang tertera, klik tengok... hadiah Thank You Surprise Dari UNIFI tu upgrade data dari plan dari 5mbps ke 10mbps. Ooooo.... panjang o aku...hehe!

Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI
Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI

Dah lebih dua tahun aku melanggan produk jalur lebar @ wifi UNIFI dari Telekom Malaysia. Aku tak ada la apa-pa rungutan dengannya. Cuma bila dikenakan gst aritu aku bengang sikit. Nak baca cerita tu, boleh klik SINI. Setakat ni semua bagus sahaja. Anak-anak cukup suka ad wifi UNIFI ni. Nak tengok filem dan youtube cerita korea tak ada sangkut langsung.

Thank You Surprise Dari UNIFI


Bila melanggan UNIFI, automatik dapat telefon rumah, dapat banyak channel program tv,  boleh tengok filem pilihan dan macam-macam lagilah yang aku pun kurang memahaminya. Biasanya anak-anak yang pandai menggunakannya tu....Tekan sana, picit sini itu kerja dioranglah...aku tukang tengok je. Tahu buka dan tutup je....hahaha! 

Paling aku suka, bila telefon ibubapa aku di kampung, tak ada bayaran dikenakan. Ini sebab perkhidmatan telefon rumah ke rumah tidak dikenakan bayaran. Aku taklah selalu telefon ke kampung. Tapi bila telefon tu mesti sekurang-kurangnya dalam sejam ke dua jam... kengkadang lajak sampai 3 jam... Bercakap dengan mak ni memang tak akan habis cerita... Lagipun takkan aku yang nak menamatkan perbualan, kecik hati dia pulak. Tak apa... percuma kan! 

Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI
Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI

Dah dapat data sampai 10 mbps ni, harap-harap talian UNIFI ni lagi laju la. Kalau tidak laju meroket, tapi akan terus laju seperti biasa. Dulu sebelum UNIFI ni pernah dengan satu produk ni..... belum setengah bulan lagi dah habis data. Nak kena top up pulak. Bila aku mengadu dan tanya, di suruhnya tukar dari broadband masa tu ke poket modem. Dah buat tapi masih sama lambatnya.  Penyudahnya disuruh ambil pakej data dan tambah bayaran bulanan. Ikutkan jugak, masih macam tu di tambah selalu sangat tak dapat  talian. Akhirnya aku campak gitu je modem tu...... Syarikat tu pun dah tak ada dahhhh... 

Talian wifi  UNIFI aku ni memang tak tutup, sentiasa ON 24 jam. Kadang-kadang bila dah tengah malam, bila nak tutup tv tu tertutup talian wifi. Anak-anak semua keluar bilik bertanya kenapa tutup wifi.... so, camne nak tutup. Memang penting sangat wifi UNIFI ni pada aku.  Aku kan seorang blogger dan dropshipper.... kalau tak ada talian wifi yang bagus, tak boleh nak buat kerja aku ni.....

p/s : UNIFI satu keperluan.... kalau tak ada sekejap pun dah menjajau.....hehe!


1 comments:

At-Tarmizi said...

memang susah kalau tak ada line internet ni..nak lagi kalau kita ni seorang blogger =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...