Resepi Kek Coklat Moist Yang Sedap Dan Mudah Membuatnya

2:00:00 PM Noor Akma 1 Comments

Nak cerita kisah kek coklat moist yang aku buat beberapa hari lalu. Inilah resepi kek coklat moist yang paling mudah membuatnya. Bahan-bahan yang senang dicari. Menggunakan sukatan cawan. Tak perlu pukul adunan dan menggunakan mixer. Dan cuma dikukus sahaja. Maksudnya yang tak ada oven kat rumah masih boleh buat kek ni.
Resepi Kek Coklat Moist Yang Sedap Dan Mudah Membuatnya
Resepi Kek Coklat Moist Yang Sedap Dan Mudah Membuatnya


Resepi ni jumpa di internet juga. Dah lama dan dah lupa dari mana aku dapat. Setiap kali buat kek coklat, resepi inilah yang digunakan. Resepi ini memang paling sedap yang pernah aku buat dan tiada masaalah langsung. Gelap atau tidak warna kecoklatan kek tu bergantung pada warna serbuk coklat. Sekiranya menggunakan serbuk milo, warnanya tidak terlalu kehitaman. 

Resepi ini juga  menggunakan gula pasir dan boleh menggantikan margerin dengan secawan minyak masak. Oh ya, sekiranya menggunakan serbuk milo, 2 cawan gula jadikan secawan sahaja. Pastikan adunan margerin, gula dan susu cair sejuk terlebih dahulu. Suam-suam kuku tu bolehlah dah...

Nak lebih lagi bercoklat atau nak buat kek berhias, boleh siram permukaan kek dengan coklat masakan yang dicairkan bersama sedikit margerin dan tabur bahan hiasan. Untuk memudahkan mengeluarkan kek dari loyang, lapik dengan kertas minyak. Tapi kalau setakat nak makan potong begitu sahaja, tak perlu dan tak kisah.

Resepi Kek Coklat Moist


Bahan-bahan:

1 ketul margerin (250g)
2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
4 biji telur sederhana
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

Margerin di cairkan di dalam periuk menggunakan api yang kecil. Tunggu dan kacau berterusan sehingga margerin cair. Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur. Masukkan susu cair. Kacau sebati. Sejukkan.Sementara tu ayak tepung, serbuk coklat, baking powder dan soda bicarbonat. 

Pecahkan telur dalam mangkuk adunan dan campurkan esen vanila. Kacau-kacau agar telur putih sebati dengan telur kuning. Masukkan adunan margerin, gula dan susu cair ke dalam adunan telur. Kacau sebati. Kemudian, masukkan campuran tepung dan serbuk koko. 

Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Adunan ni adalah adunan yang agak cair. Sekiranya adunan berketul-ketul kecil tak apa. Tapi kalau berketul besar kena pecah-pecahkan sedikit. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Bolehlah dimasukkan kedalam kukusan yang sedang mendidih. 

Pastikan air kukusan tak menitik ke dalam adunan dengan membalut penutup kukusan dengan kain. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak. Dah masak, sejukkan sebentar dan bolehlah dipotong atau di hias ikut sendiri. 

Nak tahu cara buat campuran tepung kek ... klik SINI

p/s : Buat kek ni, yang tak pandai pun boleh jadi. Resepi ini jugalah yang aku buat kek kecil-kecil coklat moist untuk dijual dan bila ada tempahan. 


1 comments:

dulu rajin buat choc moist ni..sebab resepinya senang je
~ Kisahsidairy~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...