Anak-anak sekarang tak minat ke dapur untuk aktiviti memasak. Salah satu sebabnya selain renyah, adalah ketakutan mereka dari aktiviti menggoreng. Takut sangat diorang dengan percikan minyak dari kuali waktu menggoreng. Justeru itu, aku nak kongsi sedikit petua tips menggoreng agar minyak tidak terpercik. Tips menggoreng ini aku gunakan dah cukup lama.. Memang sangat berkesan dan minyak pun tak terpercik mengotori lantai.
Tips Menggoreng Agar Minyak Tidak Terpercik... |
Kengkadang tu, gelihati sungguh dengan gelagat diorang masa menggoreng ikan, takutnya tak terkira. Ada yang lari lintang pukang apabila mendengar letupan-letupan kecil tu. Ada pula pegang tudung periuk dan melindungi muka dengannya. Dah ada video yang di buat tentang perkara ni. Memang kelakar betul di buatnya... kan....hihi!
Sebenarnya caranya paling senang dan mudah sangat.... Apa-apa benda yang nak di goreng boleh buat cara ni. Ikan yang paling teruk percikannya mestilah ikan keli. Rasa ikan keli goreng memang sedap tapi aktiviti menggoreng tu yang mencabar. Dengan cara ini, anda boleh menggoreng ikan keli dengan tenang.
Tips Menggoreng Agar Minyak Tidak Terpercik...
Caranya :
2. Seperti biasa lumurkan dengan garam dan kunyit
3. Masukkan bersama sesudu tepung jagung (anggaran 5 ekor ikan - kalau lebih boleh tambah kuanttiti tepung)
4. Lumurkan rata2 pada ikan/ayam Siap..... bolehlah digoreng.
Anda akan dapati minyak x memercik lagi keluar dari kuali..... Kerja memasak menjadi lebih mudah. Boleh juga digunakan untuk menggoreng hati ayam, ayam, udang dan apa saja bahan untuk di goreng. Bahan gorengan anda menjadi lebih sedap, rangup dan tidak melekat di kuali.
Untuk melihat lebih banyak petua yang di kongsi.... klik SINI
p/s : Selamat mencuba. Tak adalah takut lagi waktu menggoreng... hehe!
Ohhhh senang ja. Guna tepung jagung sahaja rupanya. Sia2 pakai tudung periuk tutup muka sebelum ni haha. Thanks di atas perkongsian yang berguna ni.
ReplyDeleteBaru tau pasal tepung jagung tu.. Mak just selalu cakap, jangan campak lauk tu kalau tak nak minyak terpercik.. hehe
ReplyDeleteGuna tepung jagung ya? Baru tahu ni . Selalu CCL kalau nak goreng ikan or ayam kena tos air biar betul-betul kering baru lumur garam kunyit .
ReplyDeletelaaa...baru tau tepung jagung tu..boleh try pasni. thanks for the tips.
ReplyDeletewahhh..thanks for the tips ya..:)
ReplyDelete