Benda Dan Perkara Dulu2 Yang Penuh Nostalgia....

9:51:00 AM Noor Akma 3 Comments

 

Jumpa gambar2 ni kat whassaap group... Betul2 mengimbau  zaman kanak2 ku... Dekat dengan benda2 dan perkara2 nih.  Dah takde lagi dah. Kalau ada pun tak sama suasana dan rasa. Zaman pun dah jauh berubah. Dulu takde internet, henpon.... bahkan letrik pun takde.. so, peti ais, periuk  nasi letrik, blender dan mesin basuh pun takdelah.... jauh beza kan! 

Ini la cerita merapu nostalgiaku.... hahaha!

1. Dapur kayu... teringat dapur rumah opah. Saling tak tumpah macam nih. Petang cari kayu api kat kebun. Nanti kumpul untuk masak. Berkepul2 asap. Masak nasi, goreng ikan, masak gulai semua pakai dapur ni... sedap. Bakar ikan pun senang..... sementara api nasi masih berbara.. ambik ikan, kepit dengan bilah buluh letak kat tepi bara tu.... Dah masak.

2. TV kotak..... takde letrik pakai bateri kereta. Nak tahan lama, pakai bateri lori, besar dan tahan lama jangka hayatnya. Dah abes antar kedai charge balik.... tv hitam putih jer. Plak tu siaran tv 1 dan 2 jer.... Siaran tv pun malam je ada cerita best... masa lain rencana jer... hehe!

3. Malam pakai  lampu gasolin... kalau tidak pun lampu minyak tanah. Ala yang buat hiasan hari raya tu. Yang ada kaca tu lampu chimney. Biasanya buat lampu tidur. Tak bagi padam ditiup angin buh lah kaca. Penyuluh kalau ada yang nak buang air malam2 tu.. takut tak nampak jalan.....hmm!

4. Seterika arang tu beratnya bukan main. Dah jadi antik sekarang. Kalau nak gosok baju tu... sangat bersusah payah sangat rasanya. Jadi baju sekolah masa tu..... gosok sebulan sekali je. Basuh tak perah... takut  berkedut... Nak duduk pun berhati2.... jaga sungguh!

5. Permainan budak2 masa tu... teng-teng, batu seremban, baling botol, baling selipar... meriah. Bukan macam sekarang.... ada gajet, henphone bagai. Budak2 pun berkurung je kat rumah... Banyak bahayanya. Dulu2 redah keliling kampung  tak kesah pun...  Dari hujung kampung ke hujung yang satu lagi orang kenal je aku anak sape....erk!

6. Dah  penat main, beli air oren dipanggil lemonade... murah sangat masa tu..... 60 sen jer.... orang perak cakap 6 kupang... Ada aku jumpa sekarang nih. Harga pun dah sekali ganda. Tapi rasanya tak sesedap  dulu.... entah kenapa tak tau la. Mungkin perisanya dah lain atau tekak aku dah tak sesuai...hahaha!

Itulah kenangan dulu2..... cakap kat anak2, jadi bahan lawak jenaka diorang jer... Yerla diorang tak merasa zaman tu...

p/s : Sayu, mengenang insan2yang telah tiada bersama nostalgia tu....hurm(bergenang airmata)!



3 comments:

terbaik

tiga lalat said...

nostalgia mak kanns., huhahuhar

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...