Jom Tanam Pokok Tomato Dalam Pasu....

9:14:00 AM Noor Akma 2 Comments


Tomato, antara sayur berbuah yang paling aku suka. Kalau boleh semua gulai yang aku masak mesti nak letak tomato sebab buah sayur ni sedap sangat. Aku dan anak suka sangat sampaikan sentiasa ada dalam menu harian. Kalau tak letak dalam gulai, potong2 buat ulam sayur ni ataupun buat sambal atau kerabu tomato.... huhu!

So, jom kita belajar menanam pokoknya pulak. Harga buah sayur ni pun dah semakin mahal.  Tak susah nak dapatkan benihnya. Ambik je sepotong daripada buah yang digunakan untuk memasak. Letak dalam pasu semaian berisi tanah. Dalam beberapa hari bijibenih pun bercambah. Letak kat tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari.

Sementara tu sediakan pasu dan tanah yang nak digunakan. Selepas dalam 10 hari bercambah, pindahkan anak benih ke dalam pasu. Siramlah setiap hari dan pastikan tanah sentiasa lembap tapi tidak terlalu basah agar akar tidak mereput.  Letak pasu ditempat terang dan menerima cahaya matahari sepenuhnya.

Untuk pertumbuhan yang sihat dan berbuah banyak, letak baja organik tinja ayam seminggu sekali dalam 2 - 3 biji bergantung kepada saiz pasu. Ada dijual di supermarket bahagian peralatan pertanian. Pokok tomato tak terlepas dari serangan penyakit. Rajin2lah sembur racun serangga yang dibuat dari bahan organik seperti bawang, cili merah dan serbuk pencuci. Nak caranya.... klik SINI.

Bila dah berbuah, buatlah pancang dan tali agar pokok tak rebah. Boleh buat hiasan pokok tomato ni di halaman rumah. Cantik warna merah buah tomato bila masak ranum. Nak makan, petik je, senang. Memang mencabar menanam pokok ni tau.... sebab aku pernah tanam lama dulu.... bila dah berbuah dan menikmati hasilnya, nikmatnya tak terhingga. 

p/s : Jom lah kita menanam... tapi aku kena tunggu dulu, sekarang kat rumah flat tak ada tempat sesuai nak letak pasu. Pindah kat rumah baru... mesti tanam,... tungguuuuu.. tak sabo wehhh!

2 comments:

great
nak cuba la

iffah hussin said...

Bestnya...

Tapi tak ada ruang nak cucuk tanam dirumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...