Tepek Resepi Kuah Rojak, Teringin Nak Makan....

12:11:00 PM Noor Akma 0 Comments


Ari ni terasa teringin nak makan rojak. Masam2 pedas yang lazat tu terasa2 kat tekak. Hahaha.....! Nak beli siap makan kos yang banyak juga.... Almaklum kat rumah ni ramai penghuninya. Takkan nak suruh tengok jer.....

Nanti nak cari bahan, buat sendiri. Resepi amik kat FB. Buat banyak2...baru puas makan.... kan? :)

p/s :  Tak mengidam yer.... sesaje teringin...hihi! *Ari ni lambat ckit updated... baru balik klinik check-up.... :)

*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

0 comments:

Petua Buang Lemak Ayam.....

10:14:00 AM Noor Akma 2 Comments


Pagi yang indah ni, nak kongsi sedikit petua ni jelah. Buat n3 panjang2 pun tak relevan dengan suasana hujung tahun nih... Almaklum ramai yang moody jer sekarang. Pertama sebab mood cuti hujung tahun... kedua sebab sedih kot nak meninggalkan tahun 2015 nih.... ahaks!

Ayam bandar banyak mengandungi lemak. So, bolehlah menghilangkan lemak yang terdapat pada isi2 ayam tu. Ini bagus untuk yang jaga kesihatan. Biar lemak dan kolesterol tak bertapak kat tubuh badan. Healthy gittew.... !

Selamat mencuba.  Ok, good luck :)

p/s : mood aku pun berkurang jugak nih.... Duhai hati, bergembiralah... lalala!


*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

2 comments:

Pencarian Top 5 Blogger 2016

7:09:00 PM Noor Akma 3 Comments

Assalamualaikum


*tekan banner untuk join


Tag rakan : rus

Nama panggilan dalam blog : Noor Akma.... bukan nama sebenar yer!.... hanya nama panggilan dalam keluarga dan jiran sekampung....

Tempoh pengalaman berblogging : 5 tahun tapi blog ni berusia 3 tahun jer. Bermula dengan blog masakan dulu... baru wujudkan blog ni. Mula2 sekadar untuk suka2 jer.... lama2 tersuka lebih2 plak... hahaha!


*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

3 comments:

Tanam Cili Api @ Cabai Burung Dalam Pasu, Nak Guna Petik Jer....

10:02:00 AM Noor Akma 1 Comments


Cili api atau cabai burung memang selalu ada dalam menu masakan harianku..... Harganya pun dah semakin mahal sekarang. So, apa kata tanam sendiri mulai dari sekarang.... Dengan cara dan kaedah yang betul, pokok cili api mampu hidup subur walau hanya di tanam dalam pasu.

Nak dapatkan biji benih senang jer..... beli cili api di pasar. Buah cili api yang masak ranum tu boleh di buat benih. Satu cili api tu dah boleh dapat 10- 20 pokok. Sekarang cili api dah banyak jenis. Seeloknya buah cili api yang kecil2 tu  di buat benih.  Barulah original cili api kampung. 

Jom ikuti panduan ini...

1. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

2. Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.

3 Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.

4. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu. Ikut aturan pembajaan yang betul untuk mengelakkan daun menjadi keriting dan tumbesaran terbantut disebabkan baja berlebihan.

5. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.

6. Hasil tuaian cili selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam.

p/s : Dah berbuah nanti, senanglah.... tergerak jer nak buat sambal belacan, petik jer cili api di halaman. Cantik juga jadi hiasan laman bila warna  cili tu bertukar merah .... menyerlah gittew.....hihi!

#kredit SINI
*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

1 comments:

Jom Mekap Dengan Cepat, Mudah Dan Cantik Ke Tempat Kerja....

10:21:00 AM Noor Akma 0 Comments


Waktu pagi sememangnya waktu genting bagi setiap wanita bekerjaya dan berkeluarga. Itulah waktunya menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga, menyiapkan anak ke sekolah, suami dan menyiapkan diri sendiri untuk ke tempat kerja. Orang kata, walau sesibuk mana pun kita, jangan biarkan penampilan diri terabai. Makanya, hanya empat langkah mudah ini harus diikuti untuk tampil segar dan bergaya ke tempat kerja.

1.Bersihkan wajah dan jangan lupa sapukan pelembab. Untuk menjimatkan masa, lakukannya ketika masih berada di dalam toilet selepas selesai mandi. Hal ini kerana pelembab perlu dibiarkan beberapa minit untuk ia meresap dengan betul ke permukaan kulit anda. Gunakan pelembab ringan supaya kulit anda tidak terlihat atau terasa berminyak ketika di sapukan concealer nanti.

2.Sapukan concealer di kawasan yang terdapat parut serta bawah mata untuk menutup kecelaan pada wajah. Seterusnya masa untuk menyapukan foundation ke kulit wajah. Kami cadangkan anda menggunakan foundation compact atau two way foundation kerana ia lebih cepat. Anda hanya perlu melembabkan span muka anda dan sapukannya ke wajah dengan rata.

3.Sapukan eyeshadow bewarna neutral pada kelopak mata anda. Gunakan warna tanah seperti coklat, cream, dan juga hijau. Jangan lupa eyeliner supaya solekan mata tampak lebih kemas

4.Langkah keempat dan terakhir adalah memberi warna segar kepada wajah anda dengan mengaplikasikan pemerah pipi dan juga lipstick. Gunakan pewarna pipi bertekstur krim atau gel kerana ia lebih mudah digosok pada kulit wajah untuk tampil lebih natural. Jangan terlampau terang dan jangan pula terlampau pucat. Untuk lipstick, anda bebas menggunakan warna favourite anda. Seeloknya jangan terlampau terang warnanya. Ia akan menapakkan wajah anda menjadi sedikit garang. Gunakan warna-warna lembut supaya anda kelihatan lebih muda.

p/s : Wah.... lepas ni, xde alasan untuk tidak sempat makeup ke tempat kerja lagi yer.... ambik masa 10 minit jer... :)

#kredit SINI....
*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

0 comments:

Yusri Dan Lisa Family.....

9:49:00 AM Noor Akma 0 Comments


Ari ni mood cuti..... 
Idea pun nak cuti jugak....
So, tepek gambar ni jelah....

Suka dengan gambar ni....
Ala2 gambar lama.....
Probnya pun antik semua.....

Bye!

*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 



0 comments:

Saya nak menang tudung bawal crepe

11:54:00 PM Noor Akma 0 Comments

Assalamualaikum.........



Join.... join.... join...!

Done ... :)

Bye... ^-^peace!

*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 
*****************************


0 comments:

Kotak DoorGift Comel Dari Cawan Kertas...

10:20:00 AM Noor Akma 3 Comments


Comel jer cawan kertas ni bila dah di hias jadi bekas cantik. Boleh isi biskut, kek cawan, gula2 dan apa saja. Cantik untuk dijadikan cenderahati majlis harijadi mahu pun majlis perkahwinan. Cantik lagi bila dihias dengan pelbagai cara.

Nak jimat... kitar jer dari cawan kertas terpakai. Dengan sedikit kreativiti.... kotak cenderahati akan menyerlah keunikannya. Jimat perbelanjaan anda dan pasti para tetamu kagum bila dapat tahu anda sendiri yang merekabentuknya. Tak gitu.... :)

p/s : rajin2 kan diri, salah satu langkah berjimat tu... hihi!

#kredit SINI
*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 



3 comments:

Cekur @ Kencur ....

10:16:00 AM Noor Akma 2 Comments



Mari kita kenali salah satu tumbuhan herba yang berkhasiat. Cekur merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Jawa, tanaman ini dikenali sebagai kencur.


Dari keluarga halia dan baunya yang tersendiri senang di bezakan dengan jenis halia yang lain. Ia salah satu bahan utama dalam pembuatan jamu di Indonesia. Cara paling mudah menanam dan membiakkan tumbuhan ini ialah dengan menggunakan rizomnya.

Cekur digunakan secara tradisional seperti berikut :

Bagi mengekalkan awet muda dan menghilangkan bau nafas
- Amalkan memakan daun serta umbisi cekur sebagai ulam.

Pening kepala , mual dan gastrik
-  Ambil beberapa umbisi cekur, bersihkan dan rebus hingga airnya tinggal satu cawan. Minum setiap pagi dan petang.

Batuk dan Sakit kerongkong
-  Batuk- Ambil beberapa helai daun cekur, campurkan dengan sedikit air dan tumbuk sehingga lumat. Saring airnya dan campurkan dengan madu lebah lalu minum.
- Sakit Kerongkong – Potong sedikit cekur sebesar ibu jari dan kunyah dengan sedikit garam.

Sawan
-Ambil sekerat umbisi cekur, jerangau dan bongglai lalu tumbuk hingga lumat. Kemudian sapukan pada seluruh badan penghidap sawan.

Rawatan ibu lepas bersalin
-Gunakan akar cekur. Tumbukkan sehingga lumat dan sapukan pada perut ibu lepas bersalin bagi menghilangkan angin dalam badan

Mual,kembung perut atau angin dalam badan
-Parut rizom cekur dan campurkan dengan beras giling serta sedikit air. Saringkannya dan minum.

Bengkak anggota badan
-Giling daun cekur dan tampalkan pada anggota badan yang bengkak. 

p/s : Dah pernah tanam... nanti nak tanam dan merasai khasiatnya lagi... huhu!

#kredit SINI

*****************************
Vote mimpi indahku ini.. please!
klik SINI 

2 comments:

Pening Dah..... :(

11:06:00 AM Noor Akma 0 Comments


Dah pening dah....  itulah.... kalau benda yang kita buat tu tak menjadi, mesti nak buat sampai jadi. Takmo tangguh2 lagi. Geram jer rasanya. Trial and error... cuba, cuba, cuba lagi macam2 cara. Tak menjadi jugak...

Amende la salahnya... Tah hape2 la... Semalam dah tidur kul 3 pagi disebabkan hal ni. Dah la lembab gilo laptop aku ni.... Haish!

Rumusannya dah tak larat nak watpe..... nanti pelan2 akan di cari cara penyelesaiannya huh! Masih tak puashati sebab tak selesai lagi.... Hei!.... apa nak buat lagi dah.... (garu kepala u!!).

p/s : Sebenarnye nak pasang iklan google adsense jer.... iklan tak muncul2... hurm!

*****************************
Vote mimpi indahku ini.... please!
klik SINI 


0 comments:

Habit Baik Untuk Sistem Imun...

10:18:00 AM Noor Akma 2 Comments


Apa yang anda makan, sikap dan berapa kerap anda bersenam, segalanya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun tubuh dan melindungi tubuh dari penyakit.

Ini beberapa senarai habit semulajadi yang sebenarnya membantu dalam meningkatkan sistem imun.

Ketawa
Tahukah anda bahawa dengan ketawa ianya sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh di samping menceriakan mood? Ia benar kerana ia boleh menaikkan tahap antibodi dalam saliran darah merah dan darah putih yang menyerang dan membasmi bakteria serta virus. Ia juga mampu meningkatkan amaun antibodi di dalam mukus yang terhasil di dalam rongga hidung dan saluran pernafasan.

Menyanyi
Sebuah kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan koir dari German mendapati  bahawa dengan cara menyanyi boleh mengaktifkan sistem limpa, membantu meningkatkan kepekatan antibodi darah.

Elak mengambil terlalu banyak gula
Hanya dengan 10 sudu teh gula iaitu sama dengan dua tin air berkarbonat boleh mengakibatkan sel darah putih lemah dalam bertindak sebagai pembasmi bakteria yang menyerang tubuh.

Perbanyak pengambilan ikan
Sardin dan ikan kembung adalah antara jenis ikan yang kaya dengan protein. Ianya penting dalam membina sel tubuh dalam membanteras virus dan sebarang bakteria. Ikan yang kaya dengan Omega-3 juga baik dalam mengaktifkan sistem imun. Ketika tubuh diserang, radang akut adalah pertama sekali yang bertindak balas. Tetapi Omega-3 mampu mengurangkan penghasilan radang dan sekaligus meningkatkan antiradang. Ia juga bertindak sebagai penawar dan membantutkan kewujudan sel kanser.

Perbanyak pergerakan
Sistem imun tubuh bertindak balas kepada senaman yang dilakukan dengan menghasilkan lebih banyak sel darah yang melawan bakteria jahat. Jadi, semakin kerap kita bersenam, tubuh akan lebih lama kekal sihat sepanjang masa.

Rehat secukupnya
Kesederhanaan adalah kunci kesihatan. Jika anda bekerja selama 90 minit penghasilan sel yang menyerang bakteria masuk ke dalam badan  yang juga dipanggil macrophages terhenti sementara dan meningkatkan risiko untuk dijangkiti penyakit adalah tinggi. Jadi, percukupkan rehat buat tubuh untuk menggalakkan keaktifan sistem imun.

Elak kesejukan
Jangan biarkan diri anda terlalu kesejukan kerana pastinya akan mudah diserang penyakit. Keadaan cuaca yang terlalu sejuk boleh mengakibatkan kurangnya sel darah putih yang melawan sebarang pencerobohan bakteria dan virus dalam badan.

p/s : Ari ni tak berapa nak ada idea....  kepala pun tingtong jer beberapa hari ni.. tepek n3 mana yang ada jelah..... sharing is caring   ^_^ peace!

#kredit SINI

***************
Habit mimpi...
klik SINI 

2 comments:

Keputusan Tidak Rasmi, MYIDEAKINI.COM..... Suka2...hihi!

9:58:00 AM Noor Akma 1 Comments


Huiyyo.... Cayalah. Gosok2 mata tengok. Semalam dapat tau ni. Seronok sangat rasanya. Harap2 nanti yang tak rasmi akan dirasmikan. Waktu tu nanti... barulah boleh lompat sampai ke bintang... Opps... buat lompat bintang jelah.... hihi!

Kalau ada rezeki tak akan kemana... kan!  Tak sabar dah ni.... Apapun semangat2,  teruskan usaha don't giveup ...huhu! :))

***************
SEO mimpi...
klik SINI 

1 comments:

Crochet Amigurami Strawberries.... Tengah Mencari Balik Skill Membuatnya....

10:22:00 AM Noor Akma 0 Comments



Cantik tak...?  Sekali pandang  macam strawberry sebenar.... Dulu adalah buat untuk jual. Ini gambar lama.... Masa promosi jualan dulu. Dah abes di jual nih. Ada tinggal terkontang-kanting sebijik lagi.

Tadi.. masa mencari idea update blog belek2 folder kat lappy..... jumpa gambar ni.  Tergerak hati nak buat lagi dan update n3 kat sini. Buat crochet amigurami ni, pada aku lagi senang dari buat bentuk heart aritu. Sebab buah ni kalau herot sikit masih nampak okey... kalau heart dah nampak pelik.

Aku mula la start buat ...... kalau korang nak join sekali... jom!

Strawberry

With red:

1: ch. 2, sc 5 in 2nd chain from hook (5)

R2: 2 sc in each st around (10)

R3-4: sc in eacn st around (10)

R5: (2 sc in next st, sc 1) 5x (15)

R6: 2 sc in next st, sc 14 (16)

R7: sc in each st around (16)

R8: invdec 8x (8)

Stuff the strawberry.

R9: invdec 3x (6)

Fasten off, sew up hole, and hide yarn end.

Leaf

With green:

Ch. 5. Sl st in the 5th chain from hook (the 1st chain you made). [Ch. 4, then sl st in the same chain as your last sl st.] 4x

Fasten off, leaving a long tail. Sew the green leaf onto the top of the strawberry. Using white embroidery floss or thin white yarn and a yarn needle, sew on the seeds. 

Dalam English la yer.... boleh jer kan! Yang penting ... step by step nya tu! Nak lebih mudah faham klik  video ini....  (crochet) How To - Crochet a Strawberry

p/s :  Terkial2 jugak lah..... tapi jadi! Cadangnya nak buat macam2 kaler...barulah fancy sikit... ada strawberry pink, kuning, ungu, biru...gempak sikit...haha!

***************
Happy mimpi...
klik SINI 
***************


0 comments:

Kenapa Rasa Keropok Lekor Tak Sesedap Dulu....?

12:57:00 AM Noor Akma 0 Comments


Bulan lepas, anak buah pergi makan angin ke Terengganu. Ole2 dari Terengganu dapatlah aku sepeket keropok lekor bersama sosnya dari Seberang Takir. Nampak sedap dan menyelerakan. Dah lama tak makan keropok lekor dari Terengganu.

Suatu petang tu aku pun mula menggoreng. Memang kecur air liur bila bau gorengan tu semerbak serata rumah. Tapi bila dah makan... rasanya taklah sedap mana. Tak macam dulu, penuh rasa ikan. Sekarang ni, rasa tepung jer yang lebih. Faham jelah... harga ikan dah mahal.,,, kos pembuatan lagi.

So, aku nak cuba buatlah... boleh bubuh ikan banyak2.... biar terasa ikannya. Barulah power...haha! Nak buat,... cari resepi dulu, tepek kat sini, tinggal nak cari bahan jer...

Bahan2 :

1 mangkuk Ikan kembung / selayang
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum 
Sedikit garam & bahan perasa (jika suka)


Cara2 :

1. Ikan di ambil isi sahaja dan buang kulit nipis & tulangnya. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering - tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap - lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang. 

5. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.

*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.

p/s : Lepas ni bolehlah buat sendiri... tak ada alasan lagi untuk mendapatkan keropok lekor yang sedap..... kena rajin2kan diri la yer!....  :)

#Resepi kredit SINI

***************
Enaknya mimpi...
klik SINI 

0 comments:

Nak Hias Rumah Gaya Rustik..... DIY Jer....!

10:17:00 AM Noor Akma 2 Comments


Aku memang minat gaya macam dalam gambar tu.... 'rustic deco'. Rasanya boleh DIY jer. Berangan2 lah aku.... nanti nak buat macam ni kat rumah baru... Boleh berjimat... Tapi tu la, en. somi tak berapa suka. 

Bila aku cakap nak buat rumah dan dindingnya pakai bata merah yang tak payah simen tu pun..... digelakkannya. Katanya macam rumah tak siap. Pada aku nampak cantik jer. Takpelah, kalau tak dapat semua sekali.... dapat satu sudut pun jadi la.... boleh la aplikasikan impian tu....!

Banyak contoh yang ada.... tapi kat sini letak tu aje la dulu... buat cuci mata dan cari idea. Bukan nak tiru bulat2. Ikut gaya tersendiri la.. kan!

p/s : Sesaje pasang angan2..... haha!

***************
Angan2 mimpi...
klik SINI 

2 comments:

Petua Mudah Nak Cuci Periuk Kuali.....

9:42:00 AM Noor Akma 1 Comments


Kali ni nak cerita pasal petua mudah mencuci periuk kuali.... kalau cakap periuk belanga nanti ada yang tanya 'belanga tu apa?' hehe! Belanga tu periuk yang yang ada pemegang di kiri kanan macam kuali..... untuk yang tak taula... :)

Gambar tu cakap sapu pencuci dulu sebelum masak.  Mana2 pun boleh...  Orang2 dulu cuci pakai sabut kelapa dan pencucinya sabun cap kapak. Senang jer hitam2 tu tanggal....... Berkilat, berkilau seperti baru...

Bagi aku sekarang ni  kalau periuk hitam, cuci pakai berus hijau dan pencucinya pakai sabun serbuk cuci baju tu...... bila pakai  pencuci pinggan biasa tu tak jalan, habis melekat hitam tu kat berus, tangan dan sinki.... susah nak hilang tu...

So, sabun serbuk cuci baju tu yang paling bagus.... cantik, berkilat periuk bila timbul kerajinan nak menyental periuk belanga...opps! kuali..... bila rajin la! 

Tak semesti  masak pakai arang.....pakai dapur  kayu, dapur minyak tanah, dapur gas pun boleh cuci ikut cara ni. 

p/s : jom cuci periuk,  rajin la sangat...hehe!

***************
Cuci mimpi...
klik SINI 
***************


1 comments:

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

9:06:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum.....



Join segmen.....

Cutenyer banner tu.....

Tarikh Tutup - 30 Disember 2015, jam 11.59 malam....

Bye.... :)

***************
Hanya mimpi...
klik SINI 
***************



1 comments:

Pemberian Yang Memberi Hikmah Tak Terjangka....

10:21:00 PM Noor Akma 2 Comments


Ini cerita pemberian yang tak seberapa jer...... Jangan silap faham plak, tak ada maksud apa2. Cuma nak cerita jer... Kelmarin, kemas2 baju sekolah lama anak2 terjumpalah satu bungkusan ni. Baju sekolah anak bujangku.....  ada dua pasang. Masih dalam plastik lagi. Maksudnya  masih baru dan belum digunakan lagi. Dah dua tahun terrperap kat situ.

Sebenarnya baju sekolah ni tak digunakan lagi sebab saiznya besar. Anak bujangku tu kurus keding jer orangnya. Sekarang ini pun anak bujang dah abes sekolah dah..... Buat apa nak disimpan lagi. Buat semak almari jer.

Tergeraklah hati nak bagi pada sesiapa yang memerlukan. Pada siapa yer.... Besar tu... Seluar saiz 36, baju saiz XL. So, fikir punya fikir letak la iklan kat group FB. Tunggu  dalam sejam dua ada yang reply...... ada yang tanya. Ada yang doakan dimurahkan rezeki... hurm,... aminnn!

Dan akhirnya malam tu juga ada seseorang yang nak dan memerlukan. Kira deal la tu. Esok paginya dia nak datang rumah...ambik. Tak jauh pun dia tinggal. Kiranya jiran tetangga jugak lah. Tapi tak pernah kenal. Malam tu jugak dapat hikmah yang pertama.... selesai masalah.. huiyoo..!!

Esoknya pagi2 sale masuk sampai 3 sekaligus...jarang dapat macam tu.. alhamdulillah! Belum lagi pemberian sampai ketangan penerima tu... Pukul 11.30 pagi tu... penerima datang ambil 2 pasang baju sekolah tu... Dapat lagi pemberian... tempe dalam 10 bungkus dari penerima tu.

Semalam petang dah goreng tempe tu... sedap cicah sos cili campur kicap. Indahnya pemberian yang berhikmah ni... kan! Sebenarnya pun, aku hanya memperpanjangkan pemberian jer! 

p/s : en. somi ni pilih baju ikut suka dia jer. Masa tu dua tahun lepas aku sibuk niaga, kat mana lupa tah! 

***************
Hanya mimpi...
klik SINI 
***************



2 comments:

Nama Kampung Dalam English.... haha!

10:24:00 AM Noor Akma 4 Comments



Apa nama kampung korang dalam English yer..!  Memang kelakar la jugak. Macam  dalam cerita cowboy dan red indian rasanya...  ala.. cerita high chapparal tu hihi.!

Snail river north of silver..... hmm.......! Teringat masa sekolah dulu, bila cikgu suruh buat karangan English. Ada beberapa orang tu, nama kampung pun di tukarnya in English. 

Apa lagi satu kelas dapat syarahan dari cikgu hal tu... nama tempat memang tak boleh tukar dalam English.... kalau untuk suka2 takpe hihi!

p/s : ambik gambar ni dari group fb... suka2 jer tapi serius lawak...erk!


***************
celoteh mimpi...
klik SINI dan SINI

***************

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...