Gubahan Bunga-bunga Segar Dan Sedikit Tips ....

1:29:00 PM Noor Akma 3 Comments

Ramai yang suka dengan gubahan bunga-bunga segar untuk menjadi penyeri ruang majis atau kediaman. Tapi tak mudah untuk membuat gubahan bunga ini. Tapi tak pula susah apabila kita sudah mengetahui teknik yang betul. Gubahan bunga-bunga segar semestinya kena praktikal, cantik sesuai dengan tempat atau majlis. Di sini ada beberapa tips untuk di ketengahkan untuk menyerikan kediaman atau majlis anda.

Gubahan Bunga-bunga Segar Dan Sedikit Tips ....
Gubahan Bunga-bunga Segar Dan Sedikit Tips ....


Perkara pertama yang perlu anda di kediaman untuk melengkapkan projek gubahan bunga anda adalah pasu. Bergantung kepada saiz dan keadaan fizikal ruang, dimensi pasu yang berbeza memberikan impak yang bersesuaian mengikut kehendak anda. Jika ruang yang ingin anda gayakan mempunyai saiz siling tinggi (double atau triple volume), pilihan pasu yang direka meninggi lebih meninggalkan kesan pada dekorasi.

Gubahan Bunga-bunga Segar Dan Sedikit Tips ....


Bunga secara amnya mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Bunga ros hakikatnya lebih lasak dan mempunyai jangka hayat yang agak panjang jika betul cara penjagaannya. Tetapi ia mempunyai beberapa jenis baka berbeza, kualiti dan keunikkanya yang tersendiri. Sesetengahnya mengeluarkan aroma yang kuat manakala sesetengahnya lambat untuk kembang mekar. Hydrangea memerlukan suhu sejuk yang tinggi dan mudah rosak jika anda tidak mahir mengendalikannya. 

Pertimbangkan bunga kekwa kerana ia mempunyai tahan lebih lama selain lebih kos efektif juga memerlukan kurang penjagaan. Selain itu, bunga bakung ataupun lily merupakan pilihan yang popular kerana saiznya yang dempak juga aromanya yang indah. Secara amnya, budaya kita tidaklah mengehadkan bunga tertentu sebagai simbol kepada apa-apa upacara keagamaan tradisi tertentu. Ijutlah kesesuaian majlis dan kediaman anda. Tak gitu?

Tips Gubahan Bunga-bunga Segar


- Ketika melakukan gubahan, anda hendaklah memotong secara menyerong pada penghujung tangkai untuk memudahkan penyerapan air. 
- Pastikan air yang digunakan adalah air bersih dan gantikan secara berkala untuk memastikan gubahan tahan lebih lama. 
- Elak dari membiarkan daun kering jatuh ke dalam bekas kerana ia boleh mencemarkan air dalam menggalakan pertumbuhan bakteria. 

Semoga anda semua mendapat manafaat dengan perkongsian ini. Aku dapat tips dari perkongsian di laman sosial. Sebagai penggemar bunga-bunga segar, bolehlah aku praktikkan nanti cara-cara ini. Bolehlah hias rumah sendiri nanti dan dapatkan aura dan aroma segar dari bunga-bungaan tersebut.

Ada banyak tips yang boleh di kongsi di blog ini... Nak tengok.. klik SINI

p/s : Bagus lagi guna bunga segar dari bunga plastik sebagai hiasan. Bunga segar, bila dah layu... tukar yang baru. Bunga plastik selalu terlupa sehingga mengumpul habuk... hihi!

#kredit SINI

3 comments:

Ainul said...

saya suka tips nih, lepas ni boleh buat kat rumah baru kami

Nur Aaisyah said...

jemput join giveaway aaisy 😊

http://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html

Nour Adieb said...

prnh try gubah bunga, tu pun bunga palsu 😂

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...